Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menerusi restoran Riverside Cafe (RSCR) yang terkenal, menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun ini dengan bufet Ramadan yang mewah, bertemakan "Nostalgia Senja" .
Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi semasa bulan mulia, Briged Kulinari RSCR, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan mempamerkan hidangan istimewa mereka yang akan menggoda deria para tetamu yang datang untuk berbuka puasa disini.
Atas permintaan ramai, RSCR berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan diiringi telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.
Sementara itu, Briged Kulinari RSCR pula menyediakan sehingga 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 menu giliran yang merangkumi Bubur Lambuk istimewa kami, Nasi Dagang Perantauan yang wangi, Nostalgia Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah yang diselitkan rempah ratus Malaysia, Sup Berempah Penawar Duka yang enak dengan pilihan terdiri dari Kambing, Daging, Perut, Ayam and Ekor. Selain dari itu, dua masakan Kampung signatur dan eksotik iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak turut disediakan termasuk hidangan terlaris, Nasi Ayam Istimewa Senja.
Bufet Ramadan "Nostalgia Senja", akan bermula dari 27 Mac sehingga 20 April 2023. Ruang makan Ramadan eksklusif RSCR terletak di Legar Putra, Aras 2, dan akan beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam.
RSCR turut menawarkan kemudahan solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan seorang Imam untuk mengimami tetamu semasa solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.
Tetamu yang memilih untuk berbuka puasa disini dijamin akan menikmati pelbagai hidangan tempatan yang menyelerakan pada harga bufet Ramadan yang berpatutan. Untuk promosi 'Early Bird Special', harga baucar yang ditawarkan adalah serendah RM118 bersih seorang, manakala RM 138 bersih seorang untuk dewasa dan RM 69 bersih seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Baucar Early Bird boleh dibeli terus dari Restoran Riverside atau hanya klik pada pautan : https://riverside.wtckl.com/
GALERI
Tidak meriah berbuka puasa tanpa saudara mara ataupun sahabat handai bersama. Sehubungan itu, RSCR turut mengadakan Pakej 'Get Together' Nostalgia Senja untuk mereka yang memilih untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar sebagai meraikan ahli keluarga mahupun rakan perniagaan dalam jamuan persendirian mahupun korporat.
Pakej 'Get Together' Nostalgia Senja ditawarkan dari RM 148 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 pax. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik holding VIP, pentas persembahan, sistem PA asas, skrin LED, papan tanda E, tempat letak kereta VIP dan surau khusus.
Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan 'Tiffin Carrier' edisi terhad RSCR berharga RM59 bersih untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12 cm. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.
Bagi mereka yang datang dengan memandu kenderaan, caj tempat letak kereta yang dikenakan sepanjang tempoh Ramadan (27 Mac hingga 20 April 2023) adalah RM12/ sehari dan RM 5.00 bersih setiap entri selepas jam 6 petang dan seterusnya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut , sila hubungi /emel kepada senarai tertera dibawah:
Emel untuk Bufet Ramadan 'Nostalgia Senja' : riverside@wtckl.com
Emel untuk Tempahan Korporat: ask@wtckl.com
Nombor Telefon: +603 2614 6999 / +603 2614 6173
WhatsApp: +6019 2678 960
Comentários