top of page
Writer's pictureMYB

Wany Hasrita Dan Wani Syaz Berpadu Suara Kali Kedua Dalam 'Sang Purnama'.


Kali kedua digabungkan di dalam lagu duet – Wany Hasrita dan Wani Syaz tidak teragak- agak untuk menzahirkan lagu ini sepenuh jiwa sewaktu rakaman.


“Pertama kali saya menangis dalam studio. Memang terkejut juga la Sang Hitam dan abang Lan Laga yang ditugaskan untuk guide vokal malam tu. Sebab tiba–tiba saya menangis dan terhenti nyanyi.


Sang Purnama
Wani Syaz
"Malu pun ada, tapi sebab masa tu saya dah tak dapat kawal perasaan penat, vocal saya dah mula terketar ketar dan di tambah pula saya tengah rakam bait lirik – 'KERNA SEDALAM DALAM RINDU MU AKHIRNYA BERTAUT SEMULA'.

"Actually kalau dihayati lirik lagu ni betul betul memang boleh rasa sayu. Sebab lirik lagu ni menggambarkan tentang perasaan Siti Hawa sewaktu berpisah dengan Nabi Adam A.S . Ditambah pula waktu itu memang dah menjelang ke tengah pagi. So memang pakej la perasaan tu. Tu yang tak tahan terus nangis. “ – Wani Syaz

Menurut pencipta dan penulis lirik lagu ini – Sang Hitam, diperingkat awal lagu ini dicipta memang berpaksi dan merujuk kepada lagu – lagu Noraniza Idris dan Dato’ Siti Nurhaliza. Kerana beliau mengambarkan satu karya yang berteraskan lagu etnik pop dan padang pasir.


Tetapi setelah melodi dan liriknya siap Sang Hitam berfikir alangkah baiknya jika lagu ini dinyanyikan oleh orang baru dan beliau terbayang kan Wany Hasrita. Maka suntikan baru terus di buat agar roh lagu ini bersesuaian dengan karakter nyanyian Wany.


“Tapi setelah saya dengarkan lagu ini pada FMC Music, Mr.Ho mencadangkan agar lagu ini dibuat lagu duet. Maka saya balik dan terus ubah beberpa bahagian untuk disesuaikan dengan konsep duet dan berpadanan dengan karakter nyanyian Wani syaz.


"Saya rasa puas apabila Wany Hasrita memberi sepenuh jiwa untuk lagu ini. Bukan sahaja saya dapat apa yang saya gambarkan, tetapi Wany Hasrita dan Wani Syaz memberi sesuatu yang luar biasa. Saya suka lenggok nyanyian Wani Syaz yang merdu dan bernahu Arab. Begitu juga dengan Wany Hasrita. Saya Minta A mereka terus bagi sampai C D dan memang wow lah” - kata Sang Hitam


Wany Hasrita pula meluahkan rasa teruja apabila dapat memuaskan hati pencipta lagu ini.


Sang Purnama
Wany Hasrita
“Dah tentulah sebagai penyayi saya mahu hasilkan karya yang bagus, saya hayati bait bait lirik dan melodi lagu ini beberapa hari sebelum tarikh rakaman. Dan saya juga buat beberapa rujukan dengan mendengar lagu – lagu kak Noraniza Idris dan Dato’ Siti, selain mendengar lagu – lagu Allahyarhamah Dato’ Sharifah Aini.
"Saya cuba terapkan di dalam lenggok nyanyian saya. Memang susah tetapi sebagai anak seni saya kena rajin jika nak majukan diri. Ingatkan saya sorang je yang buat mcm tu. Rupanya Wani Syaz juga buat perkara yang sama. Kerana kami nak pastikan hasil karya kali ini menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan” – Wany Hasrita

Proses rakaman SANG PURNAMA telah dilakukan sebanyak 2 kali. Yang pertama mengambil masa 3 jam untuk untuk merakamkan vokal awalan yang bertindak sebagai rangka lagu, dan kali ke 2 sebagai proses improvisasi mana mana bahagian yang perlu penambah baikan dan lain lain.


SANG PURNAMA lagu berentak Etnik Pop ini dicipta oleh Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King. Manakala lirik diilhamkan sepenuhnya oleh Sang Hitam. Menurut sang Hitam lagu ini diilhamkan dari kisah percintaan Agong Nabi Allah Adam A.S dan Siti Hawa. Tetapi ianya lebih memfokuskan tentang gambaran luahan perasaan Siti Hawa.


Muzik Video SANG PURNAMA telah dilancarkan pada 20hb Januari 2022 di saluran Youtube FMC Music, manakala lagu (audio) dilancarkan serentak mulai 21hb Januari 2022 di seluruh saluran digital dan radio.


Besar harapan Wany Hasrita dan Wani Syaz agar semua penggemar muzik tanah air dapat menerima lagu ini dan memberi pandangan ikhlas tentang karya SANG PURNAMA.



Comments


bottom of page