top of page
Writer's pictureMYB

Wani Kayrie Kembali Dengan Lagu 'Aiman Tino', Gabungan Pop Moden Dan Elemen Melayu

Penyanyi muda berbakat Wani Kayrie memecah kesunyian hampir setahun dengan melancarkan single terbarunya yang bertajuk 'Aiman Tino' di bawah naungan Rocketfuel Entertainment pada 1 November 2024.


Wani Kayrie Kembali Dengan Lagu 'Aiman Tino', Gabungan Pop Moden Dan Elemen Melayu

Lagu ciptaan komposer terkenal Ezra Kong ini telah mendapat sambutan menggalakkan sejak sedutan satu minit diperkenalkan di platform TikTok pada 27 September lalu. Menurut Wani yang kini berusia 24 tahun, lagu ini mengisahkan perasaan seorang gadis yang tertarik dengan lelaki yang memiliki imej seperti penyanyi Aiman Tino.


"Lagu ini istimewa kerana korusnya sangat 'catchy' dan mudah diingati. Saya juga berbincang dengan Ezra Kong untuk menambah elemen kemelayuan pada bahagian 'bridge' bagi membezakan identiti saya berbanding lagu-lagu sebelum ini," jelas Wani semasa majlis pelancaran yang diadakan di ibu kota.


Wani Kayrie Kembali Dengan Lagu 'Aiman Tino', Gabungan Pop Moden Dan Elemen Melayu
Dari kiri Sher Leen Wee​ - Head of Rocketfuel, Wani Kayrie, Prem Anand​ - Naib Presiden Rocketfuel dan Syakireen Othman​ - Ketua Kandungan dan Muzik

Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, menyatakan keyakinannya terhadap potensi lagu ini yang menggabungkan elemen muzik antarabangsa sambil mengekalkan nilai tempatan. "Wani merupakan penyanyi serba boleh yang mampu membawa lagu ini ke tahap yang lebih tinggi," ujar beliau.


Ezra Kong selaku penulis dan penggubah lagu memberitahu bahawa inspirasi lagu ini datang daripada imej Aiman Tino yang kemas dan tajam. Beliau menggabungkan unsur humor, flirtasi dan emosi untuk menghasilkan lagu yang ringan tetapi bermakna.



'Aiman Tino' kini boleh didengari di semua platform penstreaman digital dan tersedia dalam format Dolby Atmos di Apple Music. Peminat juga boleh menantikan video muzik rasmi yang akan ditayangkan di saluran Wani Kayrie TV pada 25 November 2024.


Dalam majlis pelancaran yang meriah, Wani yang mengenakan busana biru berkilauan kelihatan ceria bergambar bersama pihak pengurusan sambil memegang plak promotional single terbarunya.



コメント


bottom of page