Selepas sembilan (9) minggu bersiaran, MIC ON!, program realiti berkonsepkan pertandingan pencarian bakat yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi di Awesome TV kini berada di pusingan akhir.
Minggu separuh akhir yang berlangsung pada Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak apabila ketiga-tiga Juri Tetap, Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu sebulat suara menggunakan imuniti masing-masing dan mengumumkan tiada sebarang penyingkiran pada minggu tersebut.
Kedudukan ketujuh-tujuh peserta, Tuah, Zakir, Hafiy, Bulan, Yulia, Aiman dan Haze dilihat selamat dan kesemua mereka berjaya ke pentas akhir yang akan berlangsung pada Jumaat ini, 1 April 2022, jam 9.00 malam di Awesome TV (saluran Astro 123) dan MyTV (112).
Untuk pusingan kemuncak, para finalis diberikan dua cabaran tugasan yang bertemakan “Bebas” dan “Tribute Untuk Juri”.
Segmen 1 - Bebas
Team Fad
1. Tuah : ‘Salam Terakhir’ (Sudirman)
2. Zakir : ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan Typewriter)
3. Hafiy : ‘Biru Mata Hitamku’ (Wings)
Team Ajak
1. Bulan : ‘Segalanya Ku Terima’ (Ilusi)
2. Yulia : ‘Gemilang’ (Jaclyn Victor)
Team Ropie
1. Aiman : ‘Tiga Malam Tanpa Bintang’ (Fiq)
2. Haze : ‘Suratan Atau Kebetulan’ (Kenny, Remy & Martin)
Manakala untuk tugasan yang kedua, barisan finalis perlu mempersembahkan lagu-lagu popular yang pernah dibawakan oleh ketiga-ketiga juri dalam segmen “Tribute Untuk Juri”. Segmen ini sebagai tanda terima kasih kepada Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu di atas tunjur ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang 10 minggu konsert berlangsung.
Segmen 2 - “Tribute Untuk Juri”
Team Fad
1. Tuah : ‘Cintaku 100 persen’ (Mas Idayu ft. Waris & Justhin)
2. Zakir : ‘Hukum Karma’ (Wings)
3. Hafiy : ‘Rendang Tak Berbuah’ (Hattan)
Team Ajak
1. Bulan : ‘Dari Kekasih Kepada Kekasih’ (Hattan)
2. Yulia : ‘Selangit’ (Mas Idayu)
Team Ropie
1. Aiman : ‘Di Penjara Janji’ (Wings)
2. Haze : ‘Memburu Rindu’ (Hattan)
Untuk memeriahkan lagi pentas akhir MIC ON! musim kedua ini, Mic On! akan turut membawakan gandingan trio sensasi tanah air, Naqiu, Black dan Tomok yang akan membuat persembahan istimewa dan menggalas tanggungjawab sebagai hos bersama serta mengisi slot ‘SuarNet’ yang bakal mewakili warganet dan membuat ciapan di platform Twitter sepanjang konsert berlangsung.
MIC ON! musim kedua dihoskan oleh Issey Fazlisham manakala susunan muzik sepanjang berlangsungnya konsert mingguan pula dikemudikan oleh Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Acis yang bertindak sebagai Pengarah Muzik.
Comments