top of page

Tapi Bukan Denganmu: Suara Hati Bella Astillah

Writer's picture: MYBMYB

Penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah, kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharunya yang berjudul “Tapi Bukan Denganmu” dibawah label Universal Music Malaysia. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer terkenal, Sharon Paul, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Bella.


Tapi Bukan Denganmu
Bella Astillah

Majlis pelancaran video muzik lagu ini diadakan di Aurum Theatre, The Exchange, Kuala Lumpur, dan mendapat sambutan hangat daripada peminat serta rakan-rakan artis. Bella menyatakan bahawa lagu ini membawa mesej kekeluargaan yang mendalam dan dihasilkan dengan penuh keikhlasan.


Menurut Bella, “Tapi Bukan Denganmu” adalah karya yang sangat dekat di hatinya. “Lagu ini begitu istimewa bagi saya kerana liriknya ditulis berdasarkan pengalaman peribadi. Ia menceritakan tentang kekuatan dan semangat untuk terus maju walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan.


“Kebahagiaan sebenar adalah keluarga, itu yang paling utama dalam hidup ini sebenarnya, bukannya kekayaan atau perkara lain. Tambahan pula, saya berpeluang bekerjasama dengan Sharon Paul, seorang komposer yang sangat berpengalaman,” kata Bella.


Proses rakaman lagu ini mengambil masa yang agak lama kerana terdapat beberapa kali perubahan pada lirik. Namun, Bella sangat berpuas hati dengan hasil akhirnya. “Irama dan melodi lagu ini benar-benar memenuhi cita rasa saya,” tambahnya lagi.



Lebih menarik, Bella turut terlibat dalam pengarahan video muzik untuk lagu tersebut. Video muzik lagu ini turut menampilkan sosok ahli politik Syed Saddiq yang memainkan watak sebagai seorang doktor. Bella dan Syed Saddiq diketahui bersahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama, termasuk bermain badminton.


Dengan pelancaran single ini, Bella berharap dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar untuk terus tabah dan menghargai keluarga mereka. “Saya nak beri semangat kepada semua individu di luar sana yang pernah berdepan kesukaran dalam hidup untuk terus maju ke hadapan,” tambahnya.


Lagu “Tapi Bukan Denganmu” kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik utama, manakala video muziknya boleh ditonton di YouTube. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya terbaharu daripada Bella Astillah yang pastinya akan menyentuh hati anda.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page