top of page
Writer's pictureMYB

Syamil Menanti Mahkota Juara Awal di Litar Kegemaran

Ketika perlumbaan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix meneruskan perjalanannya ke pusingan kesembilan di Litar Medini Iskandar, segala perhatian tertumpu kepada Md. Syamil Amysar, pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing.


Syamil Menanti Mahkota Juara Awal di Litar Kegemaran

Dengan kedudukan yang kukuh di atas takhta perlumbaan sejauh ini, Syamil berpeluang untuk meraih gelaran juara awal pada musim ini, sekadar dengan satu kemenangan lagi. Namun, cabaran di Litar Medini Iskandar bukan satu yang mudah, lebih-lebih lagi selepas catatan masa terpantas beliau hanya di tangga ke-10 pada musim lalu.


"Litar Medini masih baharu buat saya dan saya terus mencari momentum yang terbaik. Cabaran pastinya ada, terutamanya untuk mendapatkan masa pusingan yang baik. Semua pesaing di kategori CP125 ini memang hebat dan agresif," ujar Syamil.


Walau bagaimanapun, Syamil tetap yakin dengan peningkatan prestasi yang ketara sepanjang musim ini. Lima kali menaiki podium dan dua kemenangan berturut-turut telah mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas dengan jumlah 134 mata, jauh meninggalkan pesaing terdekat.


"Saya percaya pada diri serta tuah dan rezeki saya pada musim ini. Dengan prestasi cemerlang setakat ini, tidak mustahil bagi saya menyandang gelaran juara awal di Litar Medini. Pasukan dan saya juga sedang berusaha keras untuk mencari setup terbaik dan konsistensi perlumbaan," tambah Syamil lagi.


Syamil Menanti Mahkota Juara Awal di Litar Kegemaran

Namun, saingan sengit dijangka bakal tercetus daripada Izam Ikmal, pelumba yang sama-sama bersaing untuk merebut mahkota juara. Syamil perlu konsisten sepanjang hujung minggu ini untuk mengekalkan rentak serta melakukan persediaan rapi dari segi fizikal dan mental.


Satu-satunya penghalang Syamil untuk meraih gelaran juara awal adalah catatan masa yang lebih pantas berbanding para pesaing di Litar Medini. Sekiranya berjaya, ia akan menjadi kali pertama baginya menjadi juara awal di kategori CP125.



Comments


bottom of page