top of page
Writer's pictureMYB

Suria KLCC Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2023

Updated: 17 Okt 2023

Untuk Kempen Kesedaran Kesihatan Mental tahun ini, Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia, telah memilih untuk memberi tumpuan kepada kepentingan penjagaan diri. Berlangsung dari 6 hingga 15 Oktober, kempen sepuluh hari ini dibangunkan berdasarkan kejayaan tahun-tahun sebelumnya dan menekankan dedikasi Suria KLCC untuk menyokong inisiatif kesihatan mental.



Selaras dengan tema World Federation for Mental Health iaitu 'Kesihatan mental adalah hak asasi manusia sejagat,' kempen tahun ini tertumpu pada idea penjagaan diri. Di bawah slogan 'Minda Anda, Perjalanan Anda,' Suria KLCC menyasarkan untuk menonjolkan peranan penting kesejahteraan emosi, fizikal dan sosial dalam kesihatan mental secara keseluruhan.


Ruang arena 'Centre Court' Suria KLCC ditransformasi menjadi hab pusat untuk kempen kesihatan mental ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang disokong oleh penyewa dan rakan kongsi yang dihargai di pusat membeli-belah itu.


Untuk mencapai objektif kempen iaitu memastikan keperluan kesihatan mental masyarakat diberi keutamaan, Suria KLCC meneruskan kerjasama dengan beberapa badan NGO seperti Green Ribbon Group, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Befrienders KL, Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental, dan terkini Nyawa Organisation.


Sementara itu aktiviti pengumpulan dana untuk kempen ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menjana sokongan untuk inisiatif kesihatan mental turut dijalankan menerusi penjualan 'Suria Ribbon Pin.' Berharga RM10 setiap satu, pin itu boleh didapati di kaunter Concierge, berhampiran dengan hub pusat dimana kempen ini berlansung.


Suria KLCC mengambil komitmennya terhadap kesedaran kesihatan mental selangkah lebih maju dengan mewujudkan ruang yang selamat di dalam pusat beli-belah. Ia adalah pusat beli-belah pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkan kawasan khusus sedemikian.



Terbahagi kepada tiga zon, ruang selamat (Safe Space Suria KLCC) memfokuskan pada aspek khusus penjagaan diri - Jasmani & Rohani, Emosi & Mental dan Sosial & Kesenggangan. Pelawat boleh melibatkan diri dengan profesional yang berdedikasi dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menggalakkan kesejahteraan holistik.


Di zon 'Fizikal & Rohani', rakan kongsi Babel, yang merupakan sebuah gim terkemuka, mengetuai sesi kecergasan dan meditasi untuk memupuk kesejahteraan fizikal dan kesedaran. Babel juga menganjurkan pelbagai aktiviti luar yang akan diadakan di Taman KLCC bagi mendorong para pengunjung untuk mendekati alam semula jadi. Tidak ketinggalan, bengkel kecantikan juga akan diadakan oleh rakan kongsi kecantikan yang terkenal bagi melengkapkan zon ini.


Sementara itu, zon 'Emosi & Mental' menyediakan sokongan profesional melalui klinik, ceramah dan perundingan yang difasilitasi oleh NGO, memastikan individu mempunyai akses kepada bimbingan dan bantuan pakar. Zon ini juga mempunyai ruang penenang yang mengasyikkan untuk kelonggaran mental dan ketenangan.


Manakala zon 'Sosial & Riadah' menawarkan kepada pengunjung aktiviti yang menyeronokkan dan menarik yang menggalakkan ikatan dan mencipta pengalaman yang menggembirakan. Ini termasuk kerajinan, lukisan, jurnal dan penyertaan kumpulan.


Sepanjang kempen berlansung , Suria KLCC akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan ekspresi artistik untuk memupuk kesedaran kesihatan mental. Galeri Heritouch akan mempamerkan karya seni yang berkisar pada tema refleksi, penyembuhan dan ekspresi emosi melalui seni. Sementara itu, sesi urutan dan rawatan tangan yang dianjurkan oleh The Body Shop akan diadakan setiap hari pada jam 5:30 petang.


Pada 14 Oktober, Estee Lauder akan membawakan ceramah kesihatan serta bengkel kecantikan dan kesihatan/keyakinan diri. Komitmen Estee Lauder memperjuangkan kesedaran barah payudara melebihi tiga dekad dilihat mampu membawa impak luar biasa dalam usaha memperkasakankesedaran kesihatan mental kali ini.


GALERI


Melengkapkan aktiviti ini, Suria KLCC turut mengadakan aktiviti interaktif pameran bunga kembang yang dikenali sebagai 'Arty Inflatable' di Esplanade KLCC. Pameran ini akan bermula dari 8 Oktober sehingga 22 Oktober. Pengalaman interaktif ini bakal dijadikan sebagai titik perasmian kempen kali ini yang mana telah berjaya direkod didalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Pameran Bunga Interaktif Terbesar di Malaysia. Interaktif bunga kembung gergasi ini bukan sahaja menambahkan sentuhan kecantikan kepada pusat beli-belah tetapi juga melambangkan pelbagai aspek kesihatan mental. Setiap bunga dipilih dengan teliti untuk mewakili konsep seperti cinta, cinta diri, positif dan optimis.


Sementara itu, pusat membeli-belah Alamanda, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, turut mengambil langkah besar dalam menggalakkan kesedaran kesihatan mental. Bermula dari 20 sehingga 22 Oktober, arena 'Centre Court' Alamanda bakal berubah menjadi hab aktiviti yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental. Pemeriksaan kesihatan percuma, cabaran kecergasan, pameran bermaklumat, gerai terapi kaunseling, aktiviti kanak-kanak, inisiatif pemerkasaan belia, perbincangan bernas, dan forum kesihatan mental merupakan sebahagian daripada program komprehensif di Alamanda.


Manakala Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, membawa kempen Kesedaran Kesihatan Mental bermula dari 12 hingga 15 Oktober. Dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Hospital Kemaman, Mesra Mall mewujudkan ruang interaktif dan bermaklumat untuk masyarakat. Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti perundingan kesihatan mental percuma, kuiz kesihatan mental, pemeriksaan kesihatan fizikal dan dinding seni yang mempamerkan kuasa terapeutik seni menyumbang kepada pendekatan holistik untuk kesejahteraan.


Pada 12 Oktober, Dr. Zaliha A. Rahman dari Jabatan Psikatari Hospital Kemaman juga akan mengadakan ceramah dan perbincangan kesihatan mental. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan para pengunjung pencerahan dan dorongan dari pihak pakar bagi membantu pengedalian kesihatan mental.


Selain daripada ceramah informatif, pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan kesedaran kesihatan mental akan diadakan bagi memupuk pemahaman dan mengalakkan penyertaan yang memberangsangkan.


Untuk maklumat lanjut, layari:

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page