top of page
Writer's pictureMYB

Suria KLCC Anjur Acara 'Picnic In The Park' Untuk Tahun Kedua

Pusat beli-belah ikonik Suria KLCC sekali lagi memikat hati penduduk dan pengunjung Kuala Lumpur dengan acara ‘Picnic in the Park’ yang mempesonakan. Berikutan kejayaan besar dalam penampilan sulung tahun lalu, edisi 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih ajaib, berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan Simfoni Tasik KLCC yang menakjubkan.


Suria KLCC Picnic in The Park

Dari 7 Jun hingga 21 Jun, pembeli di Suria KLCC berpeluang mendapatkan tempat untuk sambutan luar yang eksklusif ini, yang dimulakan dengan acara media dan akan diteruskan pada hari Sabtu dan Ahad diantara 15 sehingga 23 Jun 2024.


Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari.


Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.


Suria KLCC Picnic in The Park

Tema tahun ini, ‘Garden Fairies,’ mengubah Taman KLCC menjadi taman berlatarbelakangkan tema 'dongeng si pari-pari', lengkap dengan persediaan perkelahan yang sesuai untuk Instagram yang menampilkan khemah teepee, bangku berkelah yang dihiasi dengan gubahan bunga, dan lampu kelip-kelip. Pengunjung dialu-alukan ke dalam suasana yang indah ini, di mana setiap kumpulan menerima bakul perkelahan terpilih yang dipenuhi dengan aksesori dan alatan perkelahan.


Pengalaman berkelah termasuk hidangan lazat daripada Burger & Lobster, dilengkapi dengan hidangan lazat dari flaaah with ONO, menawarkan pilihan hojicha, matcha dan pastri. Orang ramai juga boleh menikmati gula-gula kapas dan ais krim yang baru dari gerai yang disediakan khusus sepanjang acara ini berlansung.




Menambahkan 'hype' suasana perkelahan, pari-pari berkostum bertemu mesra dengan orang ramai untuk peluang bergambar dan menganjurkan aktiviti bertema seperti pembuatan mahkota bunga. Aktiviti menarik lain termasuk platform foto berhias, cetakan Instax percuma, gubahan belon bunga serta bengkel yang disediakan oleh The Body Shop.


Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, melahirkan rasa terujanya tentang penganjuran acara itu, dengan menyatakan, "Kami sangat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic In The Park' Suria KLCC untuk tahun kedua. Acara ini membolehkan kami mempamerkan keindahan KLCC Park dan tawarkan kepada pembeli kami yang dihargai, sebuah pengalaman yang benar-benar unik dan tidak dapat dilupakan."


Acara 'Picnic In The Park' Suria KLCC bukan sahaja bukti komitmen Suria KLCC untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang luar biasa tetapi juga meraikan komuniti dan kegembiraan riadah luar. Untuk info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my atau lawati platform laman sosial Facebook Suria KLCC.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page