Suka Showcase @ Sea Bawa Hazama, Black Hanifah Dan Shila Amzah Gegar Pentas Star Voyager Disember Ini
- oleh Editor MYBUZZ
- 26 Aug 2026 11:31 am
KUALA LUMPUR — Menyusuli kejayaan menganjurkan KRU Showcase pada Januari lalu, syarikat pelancongan tempatan, Suka Travel & Tours Sdn. Bhd. (Suka Travel) meneruskan kesinambungan konsep hiburan di atas kapal persiaran menerusi penganjuran Suka Showcase @ Sea pada Disember depan.
Program eksklusif ini bakal menampilkan gabungan penyanyi vokal mantap tanah air iaitu Hazama dan Black Hanifah, serta penyanyi wanita tersohor, Shila Amzah, di atas kapal persiaran mewah Star Voyager.
Inisiatif ini dirancang khas bagi memenuhi permintaan tinggi peminat tempatan yang mahukan konsep hiburan di laut sewaktu musim cuti sekolah, dengan penawaran itinerari yang lebih pendek dan fleksibel untuk percutian keluarga serta rakan-rakan.

Foto dari kiri, Black Hanifah, Hazama dan Ketua Pegawai Eksekutif Suka Travel, En. Adam Kamal Di Majlis Sidang Media baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Suka Travel, En. Adam Kamal berkata, keputusan membawa barisan artis popular ini dibuat selepas mengambil kira maklum balas positif daripada persembahan terdahulu.
“Kami menerima banyak permintaan daripada peminat selepas kejayaan KRU Showcase pada Januari lalu. Ramai yang mahukan konsep yang sama tetapi dalam itinerari yang lebih pendek dan pada musim cuti sekolah, supaya lebih mudah untuk mereka menyertai pelayaran bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Jadi, kami mengambil keputusan membawa Hazama dan Black ke pentas Star Voyager pada Disember ini. Kami juga melantik 10 Suka Partners terpilih bagi memastikan peminat di seluruh negara lebih mudah mendapatkan pakej ini,” kata Adam.
Pelayaran pertama berlepas dari Port Klang pada 20 Disember 2026 bagi perjalanan 2 Hari 1 Malam menuju ke Phuket, menampilkan persembahan bertenaga daripada Hazama & Black Hanifah. Bagi melancarkan urusan tempahan, Suka Travel telah melantik 10 Suka Partners terpilih sebagai ejen rasmi showcase berkenaan, di samping rangkaian 600 Suka Partners sedia ada di seluruh negara.
Sementara itu, pelayaran kedua berasaskan konsep 3-Night Theme Cruise diteruskan pada 22 Disember 2026 hingga 25 Disember 2026 ke destinasi Krabi dan Phuket. Pelayaran anjuran bersama GD World Cruises ini menampilkan persembahan eksklusif daripada Shila Amzah.

Menurut pihak Suka Travel, konsep Cruise + Entertainment ini bertujuan mentakrifkan semula pengalaman percutian laut. Kapal persiaran bukan sahaja berfungsi sebagai pengangkutan antara destinasi, malah menyediakan pengalaman lengkap merangkumi aktiviti kekeluargaan, hidangan istimewa, serta hiburan eksklusif di tengah laut.

Orang ramai dan peminat yang berminat boleh mendapatkan pakej pelayaran ini secara terus di MATTA Fair KL yang bakal berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 September 2026.
Majlis sidang media turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah khas untuk rakan media dan ejen-ejen Suka Travel. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suka Travel, En. Adam Kamal. Hadiah merupakan pakej cruise (Pelabuhan Klang ke Phuket ke Pelabuhan Klang) untuk dua orang termasuk tiket Showcase Hazama dan Black Hanifah.



