top of page
Writer's pictureMYB

STAR VENDORS Terima Pengiktirafan Dari Malaysia Book of Records

Acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest yang telah berlansung baru-baru ini telah mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).


Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah menerima sijil pengiktirafan dari wakil MBOR sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Hj Omar. StarVendors Mega Raya Fest diiktiraf sebagai penganjuran acara beli-belah paling lama selama 75 jam tanpa henti

Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari dengan mencatat jumlah pengunjung seramai 2.8 juta orang.


Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah berkata, dia amat terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menjangka mendapat sambutan yang amat luar biasa.


Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah

"Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengumjung yang tidak henti -henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022," katanya.


Selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan ekoran penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara, kemunculan semula StarVendors Mega Raya Fest telah memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan.


Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya telah menyaksikan pembabitan seramai 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.


Lebih menarik apabila penganjuran StarVendors Mega Raya Fest , Festival Gaya Raya kali ini telah disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia.





0 komen

Comments


bottom of page