top of page
Writer's pictureMYB

SMK Seri Permaisuri Juarai Pertandingan Rekacipta Resipi Program Pemakanan Sihat Gardenia

Majlis penutupan Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan semalam menyaksikan SMK Seri Permaisuri telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan di antara 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang.


Adeem Khairil, Nor Adriana Batisyia dan Nurul Farlisa Idrish yang mewakili SMK Seri Permaisuri diumum sebagai juara pertandingan rekacipta resipi Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps dan membawa pulang hadiah kemenangan RM2,000.

Dalam program itu, pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.


“Sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian secara aktif dalam program hibrid ini yang melibatkan persidangan atas talian dan pengaktifan fizikal di sekolah-sekolah bagi usaha melahirkan tabiat pemakanan yang lebih baik walaupun berdepan pandemik.


"Perkara ini patut dibanggakan oleh kita semua kerana kejayaan program ini bukan sahaja membantu menyemai tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar malah telah membuktikan bahawa kita semua telah berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu,” kata Rosniza binti Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps bermula pada penghujung tahun 2021 di mana pelajar dan guru dari 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah berkumpul dalam persidangan atas talian yang mana juga merupakan pelancaran program tersebut.


Taklimat di atas talian tersebut kemudiannya disusuli dengan pengedaran Gardenia Roll-Up Wraps di sekolah-sekolah berikut. Poster dan papan rentang yang penuh berinformasi tentang amalan pemakanan sihat juga diletakkan di sekitar pekarangan sekolah bagi senantiasa mengingatkan pelajar tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat.


Wakil dari setiap sekolah terdiri daripada satu pasukan yang dianggotai oleh seorang guru pembimbing dan tiga orang pelajar. Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps dan menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej "Tabiat Pemakanan Sihat".


Video itu kemudiannya dimuatnaik di media sosial dengan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk dinilai oleh panel juri dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.


GALERI


Penyertaan tersebut kemudiannya disenarai pendek kepada hanya lima resipi terbaik yang bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir yang berlangsung semalam, di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Lima sekolah yang tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary; dan SMK Taman Setiawangsa.


Resipi yang memenangi tempat pertama ialah The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri. Kumpulan ini dibentuk oleh Haslina Ramli sebagai guru pembimbing, bersama Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil dari Tingkatan 5. Menurut Haslina, kumpulan itu mengambil masa empat hari untuk menghasilkan resipi yang sempurna dan beberapa siri percubaan dan kesilapan terlibat dalam mendapatkan resipi yang tepat.


“Tabiat pemakanan sihat perlu diterapkan pada usia muda. Dengan itu, #Rollinghealthywithrollupwraps adalah sebahagian daripada harapan yang lebih tinggi untuk memperkasakan belia dengan makan dengan lebih sihat.


Kempen ini bukan sahaja menyediakan informasi pemakanan, ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka yang diharapkan dapat menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat. Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah, Just Wrap It!” kata Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.


Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.


Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page