top of page
Writer's pictureMYB

Siri Jelajah Suria Kini Dijenamakan Sebagai 'Jelajah Suria Kuasa 2'

Jelajah Suria, program luar konti yang dianjurkan oleh Suria FM dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan jenama dan pendengar kini kembali dengan konsep baharu yang lebih segar dan bertenaga, dikenali sebagai 'Jelajah Suria Kuasa 2', hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire.


Jelajah Suria Kuasa 2
Jelajah Suria kini dikenali sebagai 'Jelajah Suria Kuasa 2', gabungan kerjasama bersama Yaya Empire

Acara jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan.


Mydin Bukit Mertajam, Penang: 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad)

Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad)

AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad)

AEON Kota Bharu, Kelantan: 11 & 12 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu)


Dalam program Jelajah Suria Kuasa 2, peminat dan pendengar Suria FM tidak hanya dapat menikmati pengalaman yang menghiburkan, tetapi juga akan menikmati berbagai aktiviti menarik sepanjang siri jelajah.


Antaranya termasuk pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM 36,000, dan Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air.


Jelajah Suria Kuasa 2
Barisan artis dan selebriti popular yang bakal menhangatkan pentas Jelajah Suria Kuasa 2

Antara barisan artis yang bakal memeriahkan pentas Jelajah Suria Kuasa 2 kali ini adalah Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari, Ernie Zakri, Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings, dan ramai lagi.


Jelajah Suria Kuasa 2
(Kiri) Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) bersama (Kanan) Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa pada majlis sidang media pengumuman Jelajah Suria Kuasa 2.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang bertemu peminat setia menerusi Jelajah Suria Kuasa 2.


"Kami sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia dengan memberikan sentuhan segar yang menarik menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire di Jelajah Suria Kuasa 2.

"Selain berhibur bersama barisan artis popular tanah air dan pelbagai aktiviti pentas yang boleh dimenangi, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Dato Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan DJ Lin.


"Lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi sebahagian RM 24,000 menerusi KiraOke Suria di setiap lokasi jelajah," katanya.


Tambah DJ Lin penganjuran kali ini juga membuktikan kesinambungan sokongan berterusan pendengar dan pengiklan kepada stesen berkenaan.


Jelajah Suria Kuasa 2
Barisan artis dan selebriti bersama-sama pengurusan Suria FM dan Yaya Empire

Menyentuh mengenai kolaborasi ini, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata Suria FM menjadi pilihan kerana mempunyai barisan penyampai yang sangat bertenaga.


"Kami memilih Suria FM kerana DJ Lin dan penyampai stesen ini selain Suria sendiri menjadi pilihan ramai pendengar. Kami sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Suria FM buat pertama kali dalam Jelajah Suria Kuasa 2 ini.

"Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan meriahkan Jelajah di setiap lokasi kerana kami akan membawa 580 jenis bauan, termasuk edisi terbaru kami, ‘Bear Edition’! Jom datang berhibur dan singgah ke booth Yaya Empire," katanya.


Ayuh sertai Jelajah Suria Kuasa 2 yang dianjurkan oleh Suria FM dan Yaya Empire untuk pengalaman yang penuh warna-warni dan menghiburkan. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam KiraOke Suria dan menangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Sampai berjumpa di Jelajah Suria Kuasa 2!



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page