Lebih ramai rakyat Malaysia kini berasa selesa dan optimis untuk melakukan perjalanan jauh. Ini memandangkan Shopee mencatatkan peningkatan sebanyak dua pertiga bagi tempahan perjalanan untuk bas dan penerbangan di platformnya, dalam tempoh dua minggu pertama bagi bulan Januari 2022 berbanding tempoh yang sama pada bulan Disember 2021. Khususnya, peningkatan sebanyak 10 kali ganda dicatatkan untuk perjalanan bagi musim Tahun Baru Cina dari 24 Januari hingga 2 Februari 2022*.
Perkara-perkara ini, menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, menandakan keyakinan rakyat Malaysia dalam melakukan perjalanan jauh. Mereka didapati mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk bertemu dengan keluarga dan orang tersayang, memandangkan terdapat peningkatan permintaan untuk pelitup muka dan Baucar ShopeePay bagi mendapatkan kit ujian Covid-19 di platform tersebut.
“Ia amat menggalakkan untuk melihat pemulihan industri pelancongan di Shopee apabila orang ramai mula membuat perancangan untuk bercuti semula. Kami akan terus bekerjasama rapat bersama rakan-rakan kami dalam industri tersebut untuk menyediakan pengalaman tempahan yang lancar, selamat dan mudah untuk penerbangan, bas dan hotel di platform kami. Dengan ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat bertemu dengan keluarga tersayang dan mengadakan sambutan yang bermakna dan menyeronokkan pada Tahun Baru Cina ini.”
Shopee kini bekerjasama bersama Agoda, Airpaz dan Easybook.com untuk memenuhi keperluan perjalanan orang ramai menerusi CNY Travel Campaign dari sekarang hingga 26 Januari 2022. Rakyat Malaysia boleh menempah perjalanan pulang untuk bertemu semula dengan ahli keluarga sambil menikmati diskaun 10% (terhad pada RM20) bagi tempahan tiket bas, hotel atau penerbangan melalui portal dalam aplikasi Tiket, Tambah Nilai & Bil di Shopee.
Para pengguna yang membuat tempahan semasa tempoh kempen akan didaftarkan secara automatik untuk cabutan bertuah di mana mereka berpeluang memenangi hadiah utama iaitu penginapan 3 hari 2 malam di Camar Langkawi Resort dengan Baucar Penerbangan RM250. Tip-tip untuk perjalanan yang selamat juga boleh didapati di laman mikro kempen.
Bersependapat dengan Soh, Wesley Wijaya, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, Airpaz berkata mereka mengunjurkan peningkatan 100% dalam tempahan perjalanan udara untuk bulan Januari 2022 di platformnya dan juga di Shopee, berbanding bulan Disember tahun lepas. “Kami menjangkakan pemulihan positif memandangkan orang ramai kini lebih yakin untuk melakukan perjalanan ekoran peningkatan kadar vaksinasi, dan pembukaan semula laluan perjalanan. Kami berharap perjalanan melalui udara akan pulih sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022,” katanya.
Menurut William Lee, Pengarah Urusan di Easybook.com, mereka mencatatkan peningkatan bagi tempahan bas memandangkan perayaan Tahun Baru Cina akan tiba dalam masa hanya dua minggu lagi, dengan destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor. Permintaan tiket bas bagi Vaccinated Travel Lane (VTL) juga meningkat 20 kali ganda untuk Tahun Baru Cina. “Kami melihat penurunan dalam perjalanan semasa perayaan Tahun Baru Cina pada tahun lepas disebabkan lockdown dan kami menjangkakan bahawa jualan tiket bas akan meningkat menjelang Tahun Baru Cina pada tahun ini,” kata Lee, yang turut mengesyorkan mereka yang melakukan perjalanan untuk mengendalikan ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung halaman mereka untuk mencegah penularan virus kepada ahli keluarga atau kumpulan berisiko tinggi.
“Keyakinan untuk melakukan perjalanan kini kembali pada Tahun Baru Lunar ini, dan orang ramai boleh menemui tawaran bernilai hebat di platform kami sama ada mereka merancang untuk berjalan bersama keluarga dan rakan-rakan ke vila pantai atau mengambil penginapan secara berpasangan di bandar. Kerjasama bersama Shopee ini menjadikan perjalanan lebih mudah diakses, lancar dan mudah,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia & Brunei, Agoda.
Shopee juga mengumumkan Shopee Jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung hingga 2 Februari. Jualan tersebut akan menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM8, diskaun 88% Bonus di mana para pengguna akan menikmati baucar diskaun 88% untuk produk Tahun Baru Cina dan peluang memenangi RM8,888 Angpau apabila mereka bermain Shopee Fortune Quiz semasa sesi Shopee Live pada pukul 8 malam setiap hari.
Dapatkan lebih banyak ganjaran pada Tahun Baru Cina ini dengan ShopeePay. Dari 18 Januari hingga 7 Februari, pengguna ShopeePay berpeluang memenangi hingga 8,888 Syiling Shopee apabila mereka memindahkan sekurang-kurangnya RM2.88 melalui ciri e-Ang Pow kepada keluarga dan rakan mereka. Para pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai hingga RM8 dan mendapat pulangan tunai Syiling Shopee hingga 12% apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay di kedai-kedai peniaga terpilih. Selain itu, dengan menambah nilai minimum RM30 ke dalam dompet ShopeePay, pengguna-pengguna berpeluang memenangi hingga 88,888 Syiling Shopee.
Luangkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang sambil menonton CNY TV Show Shopee di Shopee Live dan 8TV dari jam 10 malam pada 24 Januari. Dihoskan oleh Royce Tan dan Orange Tan, rancangan tersebut akan menampilkan selebriti-selebriti tempatan seperti Gaston Pong, JE Pong, Priscilla Abby dan Uriah yang bersaing antara satu sama lain dalam Shopee Fortune Quiz. Para peminat boleh mengundi pasukan kegemaran mereka dan berpeluang memenangi hingga 888,888 Syiling Shopee. Para pengguna juga boleh menyertai Shopee Quiz dan Shopee Shake di aplikasi Shopee untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Logitech Gaming Headset, Le Creuset French Oven, dan Dyson Tower Fan serta hadiah wang tunai bernilai hingga RM8,888.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang:
Comments