top of page
Writer's pictureMYB

Sertai Kelas Pembuatan Dim Sum Di InterContinental Kuala Lumpur

Bersempena dengan sambutan Hari Dim Sum Kebangsaan 2023 di InterContinental Kuala Lumpur , Tao Chinese Cuisine mengangkat sambutan ini ke tahap yang lebih tinggi dengan penganjuran 'Kelas Membuat Dim Sum' yang dipenuhi dengan banyak aktiviti menarik.


Pelajari bagaimana untuk membuat Dim Sum bersama Chef Eksekutif, Tommy Chong di dalam Kelas Membuat Dim Sum anjuran InterContinental Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Dim Sum Kebangsaan 2023

Sama ada anda sekeluarga, sekumpulan rakan atau pasangan yang mencari pengalaman masakan yang unik, acara ini direka untuk menawarkan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dalam dunia dim sum. Diketuai oleh Chef Eksekutif terkenal, Tommy Chong dan Master Dim Sum Chef Lo Tian Sion, kelas ini menjanjikan sebuah pengalaman berharga tentang seni pembuatan dan penyediaan Dim Sum yang lazat.


Tao Chinese Cuisine telah mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi makanan terkemuka dan pernah memperolehi gelaran berprestij 'Restoran Cina Mesra Muslim Terbaik' di Anugerah Pelancongan Malaysia 2022.


Chef Eksekutif Tommy Chong, terkenal dengan bakat kreatif dan dedikasinya terhadap kualiti, sementara Master Dim Sum Chef Lo Tian Sion, dengan kepakarannya selama 30 tahun, membawa banyak kecemerlangan masakan kepada Tao Chinese Cuisine. Bersama-sama, mereka berusaha untuk mencipta pengalaman makan yang luar biasa yang menggabungkan rasa tradisional dengan kelainan yang inovatif.


Bagi memperingati sambutan ini, Tao Chinese Cuisine menjemput anda untuk menyertai 'Kelas Membuat Dim Sum' mereka. Kelas secara praktikal ini akan berlangsung setiap hari Ahad jam 3 petang, dengan setiap sesi berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit.


Dengan membuat tempahan awal, anda boleh mendapatkan tempat anda dalam kelas menarik ini, yang berharga RM168 seorang. Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman dengan orang tersayang, Tao Chinese Cuisine juga menawarkan pakej 'Family Fun' untuk 5 orang pada harga RM714. Salah satu kemuncak kelas ini ialah para peserta berpeluang membawa pulang dim sum hasil ciptaan mereka, bagi memastikan tiada hidangan lazat di sia-siakan.


Terokai bakat anda memasak bersama Master Dim Sum Chef Lo Tian Sion.

Di bawah bimbingan Master Dim Sum Chef Lo Tian Sion, para peserta akan memulakan perjalanan kulinari yang kreatif, menghasilkan tiga hidangan dim sum kukus dan goreng yang berbeza. Apa yang menarik ialah hidangan akan dipilih terlebih dahulu, menambah unsur kejutan kepada kelas. Apa yang anda perlu lakukan ialah muncul dan ikut arahan langkah demi langkah untuk mencipta semula ciptaan yang lazat ini. Pengalaman interaktif dan pendidikan ini menjanjikan anda dengan kenangan yang berkekalan dan kemahiran masakan yang baru ditemui.


Tao Chinese Cuisine bangganya menawarkan pengalaman inklusif yang memenuhi semua pilihan diet. Kelas Membuat Dim Sum menampilkan bahan-bahan mesra Muslim, memastikan semua orang boleh mengambil bahagian dalam kegembiraan mencipta dan menikmati dim sum yang lazat.


Sebagai penghargaan, Tao Chinese Cuisine turut menawarkan diskaun eksklusif 25% untuk Makan Tengah Hari atau Makan Malam 'Yum Cha All-You-Can-Eat' Tao kepada semua peserta Kelas Membuat Dim Sum. . Ini merupakan peluang terbaik untuk menikmati jamuan bufet yang mewah mengikut keselesaan anda, di mana anda boleh menikmati pelbagai hidangan masakan Cina yang lazat.


Untuk pertanyaan lanjut, sila layari lamansesawang Intercontinental Kuala Lumpur atau emel ke fnb.admin@ickualalumpur.com.my

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Opmerkingen


bottom of page