Segmen Suria Cinta kelolaan DJ Lin, kembali menduduki tangga teratas sebagai segmen radio yang mempunyai jumlah masa mendengar tertinggi (TSL) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 10 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi. Lebih membanggakan, segmen Suria Cinta turut menunjukkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi dari pengukuran sebelumnya sebanyak 210,000 pendengar.
Sementara itu, segmen Gaya Suria dihoskan oleh Cik Piah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi antara 4 stesen radio berbahasa Melayu teratas* dengan tempoh mendengar sebanyak 2 jam 13 minit. Selain itu, segmen ini juga menunjukkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 135,000 pendengar.
Manakala segmen-segmen lain seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, segmen Muzik Top Suria bersama Cik Piah pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 1.00 petang hingga 3.00 petang, segmen Suria Petang dihoskan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam juga segmen Suria Pagi Show kelolaan Anna J pada Sabtu dan Ahad dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, kesemuanya juga telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu*.
Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2023, secara keseluruhan, Suria FM berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) berbanding 4 stesen radio komersial berbahasa Melayu* lain iaitu selama 7 jam 28 minit dengan menunjukkan peningkatan sebanyak 1 jam 6 minit dari kajian sebelumnya.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “Alhamdulillah berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK untuk Wave 1, 2023 ini telah membuktikan bahawa stesen radio Suria FM kekal relevan buat pendengar yang setia menyokong dan mendengarkan kami walau dimana jua anda berada”.
“Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan terus komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek dan dengan peningkatan jumlah tempoh mendengar serta sambutan luar biasa peminat terhadap drama raya Suria 2023 “Raya Akhir” yang berjaya meraih kedudukan kelima di carta Youtube dengan meraih sebanyak 250,000 jumlah tontonan selepas 48 jam tayangan di platform digital Suria, saluran Youtube Suria TV dan Facebook Suria FM ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan karya serta produk Suria yang lebih baik demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar,” ujarnya.
Kaji selidik yang dijalankan adalah berdasarkan sumber data daripada:
GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2023 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia)
Facebook Analytics Insight, Februari– Mac 2023
Twitter Analytics, Februari – Mac 2023
YouTube Analytics, Februari – Mac 2023
Google Analytics, Februari – Mac 2023
TikTok Analytics, Februari – Mac 2023
Suria Web dan App Database, Februari – Mac 2023
Comentários