Sasi The Don, ikon muzik Reggae Malaysia, telah mengeluarkan lagu yang amat dinanti-nantikan secara kolaborasi dengan penerbit dan jurutera bunyi terunggul Sweden yang bertajuk ‘Come Follow Me’, dari ruang kediamannya.
Dengan pandemik yang tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan setakat akhir 2020, Sasi telah menghubungi kawan baiknya, Tomas Granlind, yang sebelum ini menghasilkan muzik untuk kolaborasi beliau dengan legenda Dr. Alban pada 2008. Ini telah membawa kepada kolaborasi selama lebih setahun yang menyaksikan Granlind menghasilkan muzik untuk lagu ini, manakala Sasi pula menulis lirik dan mengarang melodi.
Dalam menjelaskan inspirasi beliau untuk lagu tersebut, Sasi menyatakan, “Pandemik ini telah meninggalkan impak teruk kepada dunia. Untuk individu seperti saya yang berkongsi keghairahan bersama untuk mencipta dan mengembangkan sesuatu yang baru, ketidakupayaan untuk menjejak keluar, melancong, bertemu orang baru, mempunyai perbualan baru, dan mendapatkan inspirasi daripada sekeliling kami telah hilang.”
"Saya rasa bahawa saya seharusnya mengambil kesempatan dalam ‘lockdown’ ini untuk menghasilkan sesuatu yang menarik, oleh itu saya berhubung kembali dengan Granlind hanya dengan satu mesej teks 'Hello’,” kata Sasi dalam menerangkan bagaimana beliau memulakan projek ini.
Lagu tersebut mengambil hayat sendirian apabila jurutera ‘mixing’ dan ‘mastering’ dari Cutting Room Sweden menyumbang kepada projek tersebut. Martin Ankelius, jurutera ‘mixing’ yang terkemuka, dan Bjorn Engelmann, jurutera ‘mastering’ yang telah dicalonkan di Grammy Awards tahun ini, telah bekerjasama dengan artis-artis tersohor seperti The Backstreet Boys, Britney Spears, Westlife, Dr. Alban, Ace of Base, dan artis-artis ternama lain.
“Setiap orang berkuasa untuk memberi inspirasi dan menunjukkan kepada orang lain bahawa apa-apa pun adalah berkemungkinan. Kami tidak mahu menunggu untuk sesuatu berlaku, kami boleh merealisasikan apa-apa pun sekiranya kami percaya pada diri sendiri.
"Semasa seluruh dunia tidak dapat keluar dan menjalankan aktiviti seperti biasa, saya merasakan bahawa saya ingin mengambil cabaran ini dan melakukan sesuatu daripadanya. Muzik adalah kuasa saya dan saya menggunakannya untuk memutarkan keputusasaan pandemik ini untuk saya, keluarga saya dan ahli-ahli muzik dalam kalangan saya,” jelas Sasi lanjut.
Kagum dengan hasil kerja Sasi semasa dalam pandemik dan penggunaan teknologi beliau untuk membawa kolaborasi kreatif rentas sempadan, Digi Telecommunications telah memberi sokongan kepada Sasi selaku penaja yang bangga dalam pengeluaran dan pemasaran di sebalik tabir ‘Come Follow Me’.
“Digi teruja untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi di mana teknologi digital adalah dipamerkan sebaik-baiknya, menghubungkan individu untuk apa yang paling penting pada mereka lebih-lebih lagi dalam masa yang mencabar ini.
"Kami memuji usaha Sasi untuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa dan memanfaatkan sepenuhnya kuasa Internet dan ketersambungan, yang menghasilkan kerja berpasukan kreatif yang merentas sempadan.
"Sebagai pembekal perkhidmatan digital, inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha kami untuk membawa pengalaman Internet terbaik melalui ketersambungan penuh - pengalaman rangkaian berkelajuan tinggi yang konsisten dan peranti yang relevan kepada semua pelanggan kami,” kata Lo Wei Tzen, Ketua Jenama dan Media Digi.
‘Come Follow Me’ adalah satu lagu mengenai bangkit dengan berani terhadap cabaran, dan memberi inspirasi dengan kuasa dan tenaga dalam menghadapi kesusahan. Video ini menampilkan anak perempuan Sasi dan kawan-kawannya, dan juga ikon kegemaran Sasi, ‘The Big Bad Wolf’.
Dalam banjir yang telah melanda Malaysia baru-baru ini, BookXcess telah mengalami kerugian besar iaitu berjuta buku melalui kerosakan daripada banjir. Sebagai seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan organisasi tersebut, ia nampaknya sesuai untuk memasukkan 'Big Bad Wolf' sebagai simbol kebangkitan daripada abu.
Lagipun, ‘The Wolf’ telah menyatukan rakyat Malaysia selama bertahun-tahun dengan kepercayaan mereka bahawa pendidikan adalah satu hak, dan bukan kemewahan; satu kepercayaan yang dikongsi oleh Sasi – bahawa kita boleh mencapai apa-apa, “Kehidupan tidak berakhir apabila bencana melanda.”
‘Come Follow Me’ adalah satu lagu yang menarik, boleh ditarikan, dan akan tumbuh pada anda. Ia menampilkan penyanyi-penyanyi iaitu Sherilyn Marissakee dari Malaysia, dan Sofie Andren dari Sweden.
Lagu ini boleh boleh didapati di semua platform penstriman muzik, termasuk YouTube. Ia juga boleh didapati dalam dua versi remix berbeza; yang mana satu menampilkan pemain biola Hungary, Helga Sedil, dan lagi satu yang di-remix oleh Jusa, seorang penerbit yang berpusat di UK.
Sasi The Don juga telah memasukkan hit antarabangsa beliau ‘Hold Up’ yang menampilkan Apache Indian, dan pengeluaran Hari Bapa beliau ‘Daddy Don’ dalam versi Bhangra baru, di-remix oleh deejay dan penerbit tempatan, DJ Nick Dhillon sebagai trek bonus untuk mengiringi terbitan baru ini.
'Come Follow Me' akan disiarkan di saluran YouTube Sasi The Don di 11 Mac 2022 pada 9 pm. Pautan siaran rasmi: https://www.youtube.com/watch?v=MLF8yl1PeS8
留言