top of page

Sarkas Cipta Sejarah, Gelak Pecah Dewan Bawa Pulang RM150,000

Writer's picture: MYBMYB

Malam penuh gemilang di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlansung semalam menyaksikan kumpulan Sarkas mencipta kejayaan yang membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi kemenangan.


Sarkas Cipta Sejarah, Gelak Pecah Dewan Bawa Pulang RM150,000
Dari kiri : Acap S, Shashic dan Danial Zaini dinobatkan sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar Musim ke-4 dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM150,000 dan trofi.

Trio komedi yang terdiri daripada Danial Zaini, Acap S dan Shashic ini berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, malah penuh dengan kreativiti yang segar dan mengujakan.


"Beri kami peluang untuk buktikan komedi di Malaysia akan terus bersinar," ujar mereka penuh semangat ketika ditemui selepas pengumuman kemenangan yang dinanti-nantikan itu.


Naib juara disandang oleh kumpulan Padie yang dianggotai Fad Bocey, Namie dan Aretoy dengan membawa pulang RM75,000, manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan Putehh yang diwakili Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak dengan hadiah RM50,000 berserta trofi.


Sarkas Cipta Sejarah, Gelak Pecah Dewan Bawa Pulang RM150,000
Zulin Aziz dipilih sebagai pemenang Anugerah Superstar Paling Gempak MLS4

Sementara itu, kumpulan Deroyan yang diwakili Has Arteh, Dewa Arteh dan Eric Fuzi berjaya mendapat tempat keempat dan membawa pulang hadiah RM25,000. Kumpulan Zuara yang dianggotai Nizam Jentik-Jentik, Chiwan dan Zulin Aziz pula berpuas hati di tempat kelima dan membawa pulang hadiah kemenangan RM5,000 berserta trofi. Tuah buat Zulin Aziz apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Superstar Paling Gempak MLS4.


Program yang berlangsung selama sembilan minggu ini telah mencetuskan fenomena tersendiri dengan sistem penilaian yang unik, di mana 70 peratus markah ditentukan oleh barisan juri profesional - Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling, manakala baki 30 peratus melalui undian dalam talian.


Sarkas Cipta Sejarah, Gelak Pecah Dewan Bawa Pulang RM150,000
Barisan juri MLS 4 - Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander

Bersiaran secara langsung di Astro Warna sejak 22 September lalu dengan hos popular Datuk AC Mizal, MLS4 telah berjaya membuktikan bahawa industri komedi tanah air terus subur dengan kemunculan bakat-bakat baharu yang memberangsangkan.


Malam final yang penuh bersejarah ini bukan sahaja mengumpulkan persembahan-persembahan yang memukau, malah telah membuka lembaran baharu dalam arena komedi Malaysia dengan kejayaan menggilap bintang-bintang komedi yang berbakat besar untuk masa hadapan.





Comentários


bottom of page