Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point membawakan kembali nostalgia aneka makanan desa sepanjang Ramadan 2023 yang akan bermula sedikit hari lagi.
Ibu, walau masakannya hanya telur goreng rasa enak tidak terkata! Untuk Ramadan kali ini restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi menampilkan bufet iftar bertemakan ‘Air Tangan Ibu’ yang akan bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 19 April 2023. Terdapat lebih daripada 45 jenis juadah berbuka yang terdiri daripada hidangan Melayu klasik tempatan serta Nusantara untuk dinikmati. Siapa tahu kerinduan pada ibu yang sudah tiada atau jauh di kampung halaman mungkin terubat setelah merasai juadah air tangan ibu disini.
Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa anda mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama ke mulut.
Bufet Iftar 'Air Tangan Ibu’ menampilkan tiga menu juadah utama setiap hari iaitu Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis pilihan lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu juadah tersebut adalah seperti Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin, Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak, Paru Goreng Berlado, Asam Pedas Ikan Pari, dan Asam Pedas Tetel.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan juadah yang disediakan secara gril/bakar terdiri dari Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa yang disertakan bersama pilihan Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga sebagai pelengkap hidangan.
Seleksi Bufet Iftar 'Air Tangan Ibu’ diserikan lagi dengan menu juadah masakan lain terdiri dari aneka kerabu, lauk pauk, ulam-ulaman, soto, mee, masakan barat dan air minuman penghilang dahaga setelah seharian berpuasa. Disamping itu juadah pemanis mulut terdiri dari kuih muih dan aneka bubur turut tersedia sebagai pengikat selera.
GALERI
Sebagai menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan yang berbuka puasa disini bakal dihidangkan dengan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang atau untuk dibawa pulang. Sajian menu untuk dulang tersebut, disediakan berlainan setiap hari. 'Dulang Berkat' merupakan simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama sebagai tanda ucapan terima kasih pihak restoran kepada sesiapa sahaja datang ke Santapan Ummis Hijau Kasturi untuk berbuka puasa.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung, satu ruangan solat turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Premis restoran ini boleh memuatkan 80 orang pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.
Untuk promosi ‘early bird’ harga RM45.90 nett diperkenalkan untuk dewasa, RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Manakala harga biasa adalah RM 51.90 nett untuk dewasa dan RM19.90 nett ditawarkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini dirumah, anda boleh membeli produk sejuk beku keluaran Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni.
Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian :
03-40324383(pejabat)
017-6534133(operasi) atau
011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
Comments