Baru-baru ini, sebuah Program Kebajikan ( CSR ) Tahunan #SRCCPUBLICITY dan #COFFEECINTA telah berjaya dianjurkan untuk tahun ke 5 dan kembali di lokasi pelancaran COFFEE CINTA pada tahun 2018 dahulu di Masjiid Jamek. Sultan Abdul Samad KL.
Program ini adalah pembuka program lembayung utama penganjur iaitu Jelajah Salam Lestari Malaysia 24, yang bakal akan dianjurkan oleh Inkubator Wanita Bijak Berjaya, SUSTNET Association dan disokong bersama rakan koloborasi serta Agensi Kerajaan dan juga tuan rumah SEDC di beberapa negeri.
Bakal mendekati Rakyat terutama sekali para Wanita dan Belia golongan B40 di luar bandar, program rakyat berkenaan akan memberi Ilmiah serta mindmap wawasan Blue Ocean Strategy dengan berbagai aktiviti yang Lestari, mampan, peningkatan perubahan dan pencapaian serta memberi impak kepada tahap ekonomi dan kebajikan yakni sasaran kepada para Wanita dan Belia yang memerlukan.
Penganjuran Program “Salam Lestari Baraqoh @ Masjid Jamek SAS KL“ merupakan niat murni untuk mendapat keberkatan dan perlindungan dari Allah S.W.T sempena kedatangan tahun baru 2024. Misi utama adalah untuk menyebarkan kesedaran kemampanan dan kelestarian serta berorientasikan kebajikan rakyat, bermula dengan sedekah juadah makanan dan minuman kepada pengunjung Masjid termasuk pelancong, orang awam dan gelandangan turut diraikan bersama.
Progrma ini merupakan aktiviti Shared prosperity (berkongsi rezeki) melibatkan gabungan NGO Sustnet Association [Ilmiah Kemampanan Sustainable Development Goals (SGD), Eijau Millenium Malaysia mewakili #Revolusi Hijau / Agro Kebun Farm to Table for Global], Pertubuhan Wanita Lestari (Agro dan Holistik), Pertubuhan Kebajikan Sinar Matahari (PKSM) serta warga seni #klsketchnation. Lokasi Masjid berusia lebih 100 tahun ini telah sering menjadi tapak program Salam Lestari Baraqoh, majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran oleh Tuan Imam Muda Ustaz Luqman Majid mewakili AJK Masjid Jamek KL. Penghasilan dari dana yang dikumpulkan sebanyak 250 pek makanan dan 200 cawan kopi, kopi ais serta air kodial dan mineral.
Di samping itu, pelancaran Produk / Program “ DapurBaraqohMY telah dijayakan bersama NGO-NGO di mana mewujudkan Hub Dapur / Bengkel Komuniti sebagai satu peluang kemahiran untuk wanita dan belia dalam industri pembekal katering dan produk makanan RTE ( ready to eat ), RTC ( Ready to cook ) , retort produce seperti Pes kari, pes sambal Jam, Manisan, acar, yang dibawa oleh usahawan Pak Leh yang turut menjadi mentor iaitu produk #PakLehPeskari dan #CikMidahsambal dan turut serta Team Komuniti India dari Pertubuhan Kebajikan Sinar Matahari .
Acara ini yang diilhamkan oleh Puan Suraya Rahman [Pengasas Pergerakan Inkubator Wanita, Belia Bijak Berjaya (IWWB)] dan Pengasas Coffee Cinta Cik Farida Aman bertujuan untuk membuka peluang kepada kumpulan sasar yang memerlukan pekerjaan dan peluang perniagaan dalam industri desa ini . IWBBB yang telah beroperasi semenjak 2015, telah berjaya membekalkan produk tempatan untuk kiosk eksklusif Krepekla di KLCC dan juga bertindak sebagai marketer kenduri dan katering kepada usahawan – usahawan yang semakin mahir dan berkembang.
Program tersebut disokong dengan gabungan organisasi bukan Kerajaan (NGO) bersama inkubator bagi meluaskan lagi sasarannya dalam memberikan khidmat dan latihan serta pekerjaan kepada mereka yang berpotensi untuk terjun dalam bidang FMCG ini iaitu produk agro (plantbased) untuk dipasarkan.
“ Dapur Baraqoh MY” direka khas untuk misi kebajikan tersebut, bertunjangkan visi sebagai Lestari Hub di pelusuk negeri demi mendekati kumpulan sasaran yang memerlukan.
Comentários