Bermula 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah, seluruh umat Islam akan menyambut dan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelumnya Restoran Rebung tahun ini menyambut ketibaan Ramadan dengan sajian bufet iftar bertemakan Selera Warisan Bonda by Chef Ismail.
Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antara hidangan sentuhan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya.
Restoran Rebung juga mengekalkan hidangan wajib seperti, Masak lemak Rebung dan perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin, disamping juadah istimewa Ramadhan iaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya.
Sajian popular negeri-negeri Pantai Timur
Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti, air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi. Hidangan makanan dan minuman istimewa Ramadhan ini disajikan khas pada bulan Ramadhan agar terasa seperti membeli di bazar Ramadhan.
Selain itu, Restoran Rebung turut menyediakan beberapa “Action Stall” yang akan menjalankan aktiviti pembuatan dan penyediaan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas ke atas pinggan hidangan pelanggan. Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah, menebar Murtabak, membuat Roti Jala, menguli Onde-onde, memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi.
Sajian tradisi wajib di Restoran Rebung
Untuk pelanggan yang memilih untuk membeli juadah dan bawa pulang, Restoran Rebung turut menyediakan perkhidmatan “PICK & PAY”. Pelanggan hanya perlu datang ke Restoran Rebung, memesan juadah pilihan, membayar harga juadah yang dipesan dan terus boleh dibawa pulang ke rumah masing-masing. Perkhidmatan “PICK & PAY” ini hanya dibuka bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.
Sepanjang operasi Restoran Rebung di bulan Ramadhan, selain disajikan dengan makanan yang sedap dan harga yang berbaloi, pelanggan juga akan disajikan dengan persembahan Ghazal Kumpulan Orkes Melayu Rojer yang dibawakan khas untuk semua pelanggan yang menjamu selera di Restoran Rebung.
Restoran Rebung telah membuka tempahan berbuka puasa untuk Pakej Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail, Buffet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 3 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah sehingga 29 Ramadhan 1443 Hijrah.
Kategori/Harga : Dewasa RM88.00 nett
Kanak-kanak (5-11tahun) RM58.00 nett
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Nombor Tel. Restoran : +603-2276 3535 / +603-2276 2525
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail
Comments