top of page
Writer's pictureMYB

RMHC Malaysia Perluas Bantuan ke Borneo Sempena Sambutan Jubli Emas Global

Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia meraikan dua pencapaian bermakna tahun ini - sambutan jubli emas 50 tahun penubuhan di peringkat global dan 34 tahun berkhidmat di Malaysia dengan pengumuman peluasan perkhidmatan ke Malaysia Timur.


RMHC Malaysia Perluas Bantuan ke Borneo Sempena Sambutan Jubli Emas Global
Bersempena dengan ulang tahun ke-50 RMHC, RMHC Malaysia mengiktiraf penaja korporatnya yang berdedikasi yang secara kolektif menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk derma.

Dalam majlis sambutan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden RMHC Malaysia, Dato' Haji Azmir Jaafar mengumumkan rancangan pembinaan Ronald McDonald House kelima yang akan dibina di Hospital Umum Sarawak, Kuching menjelang tahun 2026. Ini menyusul pembukaan rumah pertama di Sabah baru-baru ini.


"Sepanjang tiga dekad ini, RMHC Malaysia telah membantu lebih 250,000 kanak-kanak dengan dana melebihi RM60 juta melalui empat program utama kami - Ronald McDonald House, Bilik Sensori Ronald McDonald, Program Gift of Smile dan Program Beg Kembali ke Sekolah," kata beliau.


Selain itu, RMHC Malaysia juga akan membuka Bilik Sensori Ronald McDonald yang ketiga di Sarawak, berkerjasama dengan Unit Pediatrik Hospital Umum Sarawak untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas.


RMHC Malaysia Perluas Bantuan ke Borneo Sempena Sambutan Jubli Emas Global
Rachel Goh, Pengarah Bersekutu RMHC Global, Operasi Lapangan untuk Asia menekankan komitmen RMHC untuk meluaskan sokongannya kepada keluarga dengan ketara dalam tempoh 50 tahun akan datang, termasuk di Malaysia.

Rachel Goh, Pengarah Bersekutu RMHC Global untuk Operasi Asia yang turut hadir berkata, "RMHC komited untuk menggandakan impak kami di peringkat global untuk membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan, termasuk di Malaysia."


Dalam majlis tersebut, RMHC Malaysia turut menerima sumbangan hampir RM500,000 daripada pelbagai penaja korporat sempena ulang tahun ke-50 RMHC. Antara penyumbang utama termasuk Yumi Foods Malaysia (RM85,000), Havi Logistics Malaysia (RM70,000), dan Dindings Poultry Processing (RM35,000).


Dana untuk program-program RMHC dikumpul melalui sumbangan orang ramai melalui kotak syiling di restoran McDonald's dan tajaan korporat. Orang ramai yang ingin menyokong misi RMHC boleh menyumbang, menjadi sukarelawan, atau membantu menyebarkan maklumat tentang program-program mereka.


Untuk maklumat lanjut tentang RMHC Malaysia dan program-programnya, orang ramai boleh melayari laman web https://rmhc-malaysia.my/



Comentarios


bottom of page