top of page
Writer's pictureMYB

Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar Rasmi Operasi Hari Pertama, Lancar Menu Rahmah Harga RM5.90

Cawangan pertama Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar telah beroperasi secara rasmi hari ini di Bandar Hillpark, Puncak Alam. Majlis perasmian restoran tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.


Menu Rahmah turut diperkenalkan pada majlis pelancaran Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar yang disempurnakan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Bersempena dengan pembukaan hari pertama, restoran itu telah berbesar hati mengadakan 'kenduri' dengan menyedia dan menjamu makanan secara percuma kepada lebih 700 pelanggan yang hadir ke majlis tersebut.


Serentak dengan perasmian itu juga, Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar turut memperkenalkan Menu Rahmah restoran tersebut yang ditawarkan pada harga dibawah RM6. Dengan harga RM5.90, pelanggan akan dapat menikmati Set Nasi Kandar Ayam bersama air Sirap.


Menurut pemiliknya, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali, Menu Rahmah diperkenalkan sebagai mendokong usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan serta sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap masyarakat setempat.


"Idea tercetusnya untuk kami turut sama menyediakan Menu Rahmah di premis ini setelah mengambil kira lokasi restoran ini yang terletak berhampiran dengan UiTM Puncak Alam serta penduduk setempat yang purata pendapatan mereka pada kelas pertangahan dan kebawah. Diharapkan usaha ini menepati golongan sasaran.


"Menu Rahmah yang diperkenalkan ini juga akan berubah mengikut kesesuaian masa dan keperluan," tambah beliau.


GALERI

Selain dari Menu Rahmah, Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar turut menyajikan pilihan makanan dan minuman terbaik serta lain dari yang lain seperti, Roti Canai Terbang, Nasi Dalca dan Teh Tarik Komtar.


Uniknya Teh Tarik Komtar disediakan dengan menggunakan campuran ramuan teh istimewa yang dibawa khas dari Pulau Pinang. Begitu juga dengan rempah ratus bagi penyediaan Nasi Dalca dan masakan lain. Ini bagi memelihara kualiti makanan serta konsep 'Mamak Pulau Pinang', sekaligus mempromosikan budaya restoran mamak muslim yang sebenar.


Sebagai usaha mempromosikan pembukaan premis tersebut, pengurusan Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar telah merangka beberapa aktiviti menarik seperti program memasak bubur lambuk yang dijadual diadakan pada minggu kedua Ramadan kelak. Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk disasar untuk disedia dan diagihkan kepada pelanggan.


Sementara itu, untuk pelan pelebaran perniagaan , pengurusan Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar mensasar untuk membuka 20 cawangan baru di sekitar Lembah Kelang dalam tempoh enam bulan akan datang.

0 komen

Comments


bottom of page