top of page
Writer's pictureMYB

Resipi Warisan Malaysia Kini Di Hujung Jari Dengan Pes Masakan Ayam Brand

Kerinduan akan masakan tradisional Malaysia kini boleh dipenuhi dengan mudah menerusi lapan variasi pes masakan daripada jenama warisan Ayam Brand. Dengan harga berpatutan RM5 sepek, pes-pes masakan ini mampu menghasilkan hidangan yang cukup untuk empat orang dewasa.


Pes Masakan Ayam Brand

Bagi mereka yang sibuk bekerja atau baharu belajar memasak, koleksi pes masakan Ayam Brand menawarkan penyelesaian yang praktikal untuk menyediakan hidangan asli Malaysia. Antara pilihan yang ada termasuk Pes Kari Ayam, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas, Pes Rendang, Pes Kari Ikan, Pes Masak Merah, Pes Kurma dan Pes Masak Lemak Cili Padi.


Yang menariknya, kesemua pes ini dihasilkan menggunakan rempah ratus segar mengikut resipi tradisional, tanpa bahan pengawet, MSG atau pewarna tiruan. Malah, kesemua produk ini telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, menjadikannya sesuai untuk semua pengguna.


Pes-pes ini seolah-olah menyimpan 'rahsia kulinari' nenek moyang kita. Ia memudahkan sesiapa sahaja untuk menghasilkan hidangan yang sama enaknya dengan masakan tradisional, walaupun tanpa pengalaman memasak yang luas.


Untuk mereka yang ingin mencuba, Ayam Brand mencadangkan beberapa resipi mudah seperti Kari Ikan bersama Roti Jala untuk sarapan, atau Asam Pedas Tenggiri yang membangkitkan nostalgia masakan Melaka. Bagi hidangan istimewa pula, Pes Masak Merah dan Pes Rendang pasti menggembirakan tetamu.


Pes Masakan Ayam Brand

Sebagai bonus, pengguna kini berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai RM220,000 termasuk sebuah termasuk sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo X melalui Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw yang berlangsung sehingga 1 November 2024. Untuk menyertai, pengguna hanya perlu membeli produk Ayam Brand bernilai minimum RM20 dalam satu resit.


Pes-pes masakan Ayam Brand boleh didapati di pasaraya utama seluruh Malaysia seperti Aeon, Giant, Lotus's, dan Mydin, serta platform e-dagang Shopee dan Lazada. Dengan adanya produk-produk ini, kini sesiapa sahaja boleh menjadi 'chef' masakan Malaysia di dapur sendiri.



Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah


Pes Masakan Ayam Brand

Hidangan Masak Merah yang terdiri daripada kuah tomato pedas adalah satu sajian istimewa pada majlis-majlis keraian. Cipta jamuan selera anda yang tersendiri dengan resipi ini, bukan sahaja ia mudah disediakan tetapi juga mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan.


Dalam sebuah kuali, masukkan minyak dan masak kira-kira 300g ayam sehingga setengah masak sebelum diasingkan. Dalam kuali sama, tumis dua biji bawang merah yang telah dipotong bulat. Kemudian, masukkan Pes Masak Merah Ayam Brand (180g) dan 75ml air, gaul sebati.


Masukkan ayam yang telah dimasak tadi dan gaul sempurna. Biarkan kuah mereneh dan diserap ayam. Bagi menyempurnakan hidangan, hiaskan sajian dengan Kacang Pea Ayam Brand. Sajikan Ayam Masak Merah tersebut bersama Nasi Minyak bagi merasai kemeriahannya.


Masa penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang


Terdapat pelbagai sebab untuk menambah Momen-momen Santan Kelapa pada diet anda, terutamanya ia semudah, sesegar dan selamat seperti Santan Kelapa Ayam Brand!


Asam Pedas Mackerel


Pes Masakan Ayam Brand

Sajian harian yang istimewa ini mudah disediakan dan boleh menjadi sebahagian daripada kitaran lauk mingguan anda. Panaskan minyak dalam sebuah periuk untuk menumis sebiji bawang yang telah dihiris dan tiga ulas bawang putih yang telah dicincang sehingga lembut.


Masukkan Pes Asam Pedas Ayam Brand (180g) dan sebiji tomato yang telah dipotong dan masak sehingga tomato lembut. Masukkan secawan air asam jawa dan biarkan kuah mendidih. Kemudian, masukkan kandungan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand 425g dan biarkan kuah mereneh selama 10 minit agar rasa sebati.


Tambahkan garam secukup rasa dan sekiranya perlu, masukkan satu sudu besar gula untuk menyeimbangkan rasa hidangan. Setelah siap, masukkan lauk tersebut ke dalam sebuah mangkuk. Sebagai pilihan, hiaskannya degan hirisan cili merah dan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi.


Masa penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page