Raikan saat keemasan Tahun Baru Cina tahun ini bersama KFC Golden Egg Crunch yang popular dan penuh nikmat! Hidangan emas sedap menjilat jari tidak berakhir di sini sahaja kerana KFC Celebration Bucket turut dikembalikan bersama hidangan sampingan baharu, KFC Broccoli Cheese Balls.
Nikmati semula rasa emas dalam KFC Golden Egg Crunch yang bakal menggoda seluruh deria anda dengan baunya yang unik beraromatik, teksturnya yang rangup, dan paduan rasanya yang pedas, manis, dan cukup menyelerakan. Hasilan formulasi ramuan yang saling melengkapi satu sama lain dalam ‘Golden Leaf Seasonings’ khusus iaitu telur asin, serpihan cili, serpihan parsli, dan serbuk bawang putih yang meliputi ayam Hot & Spicy signatur kami sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, sesuai untuk dihidangkan sebagai pembuka selera ketika perjumpaan Tahun Baru Cina adalah KFC Broccoli Cheese Balls baharu – bebola emas yang rangup di luar dengan kejutan tekstur yang tidak disangka di mana kuntuman brokoli segar disalut dengan keju lembut dan cair di dalam.
“Setiap saat dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini adalah saat yang amat dihargai dengan penyatuan kembali keluarga dan rakan-rakan setelah berpisah sekian lama. Melalui penawaran menu emas dari kami, kami berharap ianya membawakan lebih banyak saat emas kepada anda dan mereka yang tersayang,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
KFC Golden Egg Crunch boleh didapati melalui beberapa pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal yang turut dihidangi bersama KFC Golden Egg Burger yang baru dilancarkan. Pada masa yang sama, KFC Celebration Bucket yang dihidangi bersama Broccoli Cheese Balls boleh didapati dalam (1) Kombo 5-ketul, (2) Kombo 9-ketul, dan (3) Kombo 15-ketul. KFC Broccoli Cheese Balls boleh juga didapatkan secara A la Carte.
Pilih KFC Delivery, Self Collect, atau Pandu Ambil untuk pesanan yang lebih cepat, mudah, dan selamat. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.
Comentarios