top of page
Writer's pictureMYB

Radin Kembali Pulih

Meskipun sudah kembali sihat dan bebas dari Covid-19, Radin Amir Affendi memilih untuk lebih berhati-hati.


Dia berkata, akan sentiasa melakukan pemantauan kendiri terhadap perkembangan kesihatan pasca penyakit yang dialaminya pada 22 Februari lalu.


Sumber IG@ radin_era


Radin, 31, bersyukur kerana tidak berdepan dengan situasi getir seperti yang di bayangkan-nya kala diserang penyakit itu.


"Syukur juga semua itu sudah berakhir dan saya sudah kembali bertugas seperti biasa. Alhamdulillah dengan izin Allah saya baik-baik sahaja dan tidak melalui kesan yang teruk. Saya juga bersyukur sudah lengkap vaksin termasuk booster." Radin Amir Affendi

Dalam perkembangan lain, jejaka berbakat besar ini masih bertugas di ruang udara era setiap petang.


"Saya juga kini bergandingan dengan DJ Naz Gegar untuk YouTube kami Ketuk Pintu yang sudah bersiaran episod pertama menampilkan pasangan suami isteri Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.


"Saya juga akan sibuk dengan penggambaran program puasa dan raya selain tugas sampingan sebagai pengacara majlis," katanya.


Masih aktif dengan perniagaan perkhidmatan kurier, Radin juga bakal menceburkan diri dalam bidang perubatan dengan membuka sebuah francais klinik di Bukit Raja, Klang.


"Saya sibuk dengan persiapan untuk buka Mega Klinik Zahran dan belajar selok belok perniagaan baharu ini," jelasnya lanjut.

0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page