Komited dalam menjalankan tanggungjawab pendidikan kepada masyarakat, Pusat Tuisyen Online Stara kini telah membantu lebih 25,000 pelajar sekolah rendah sejak tahun 2020.
Pengasasnya, Nurul Atieka Mohamad Zahari berkata, dengan dorongan keluarga yang menjadi kekuatan baginya menubuhkan Stara demi membantu para pelajar lebih fokus dan berjaya.
Foto Nurul Atieka Mohamad Zahari, Pengasas Pusat Tuisyen Online Stara
"Saya sentiasa memegang pesanan dan nasihat keluarga tentang pentingnya ilmu dan pelajaran untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
"Saya tiada latar belakang sebagai pendidik, namun dari kecil saya telah diterapkan dengan pendirian bahawa hanya dengan pendidikan yang bagus dapat mengubah kehidupan seseorang. Dengan pendidikan kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu.
"Menjadi tanggung jawab saya untuk membantu para pelajar minat belajar dan fokus lebih-lebih lagi bagi subjek utama" katanya.
Tambanhnya lagi, para pelajar ini perlu digilap dan dipupuk untuk lebih yakin diri. Bukan hanya cemerlang akademik, tetapi juga mempunyai daya saing dan keberanian untuk menghadapi masa depan.
"Saya wujudkan platform belajar atas talian ini dengan mengumpulkan guru yang bagus untuk sebarkan ilmu dengan lebih meluas. Fokus saya ialah pelajar sekolah rendah kerana asas pendidikan sangat penting. Stara bermula dengan impian saya mahu setiap orang dapat pendidikan yang bagus.
"Untuk tahun ini, kita merekodkan seramai 3,000 pelajar seluruh Malaysia yang menyertai Stara dan pihak kami dalam perancangan menwujudkan Stara Care pada tahun hadapan untuk membantu para pelajar yang kurang bernasib baik, dan ini adalah salah satu rangka program CSR kami kepada masyarakat.
"Di Stara, mahu membantu mereka untuk membina personaliti yang bagus daripada kecil. Dan perancangan untuk 2025, kami memberi fokus untuk pelajar membina keyakinan diri dengan beberapa siri kem berucap di khalayak, intonasi dan skil komunikasi, kem kuasai matematik dan sains,” tambahnya lagi.
Ujarnya lagi, setakat ini Stara memberi fokus kepada lima subjek teras, katanya lagi, material dan teknik yang digunakan guru Stara sangat berkesan untuk menarik minat pelajar untuk lebih memahami subjek.
“Buat masa ini kami hanya menekankan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Penyampaian tutor kami bersifat visual kerana kami faham murid sekolah rendah sukar untuk fokus, dan sebab itu material haruslah menarik. Murid harus diberi kefahaman mengenai konsep dahulu dengan menggunakan gambar dan video.
“Teknik belajar penting di mana kami percaya mentor yang bagus dapat melahirkan insan yang bagus. Sebab itu saya mengumpulkan tutor yang ‘master’ dalam subjek yang diajar''.
Stara menawarkan tiga pakej iaitu Pakej Elite, Pakej VIP dan Pakej Premier di mana setiap pakej menawarkan 20 sesi kelas sebulan dengan harga bermula RM149 sehingga RM299.
Tambahnya lagi, Majlis Anugerah Cemerlang Stara bertujuan untuk meraikan kecemerlangan murid-murid dan ibu bapa yang sentiasa menyokong. Bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah terpuji juga turut menerima anugerah.
"Anugerah ini adalah yang pertama kali diadakan dan kami mahu para pelajar berasa seronok dan dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih berjaya" katanya.
Dalam majlis itu, Uwais Ashraf Abdul Rahman, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Jln Tasik Permaisuri 1 dan Qaseh Raudhah Mohd Azhar, 10, dari Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Othman Ibnu Affan (SIRAJ SUBA), Bandar Tun Razak sebagai penerima Anugerah Bintang Stara di atas semangat dan kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang sesi pembelajaran.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Stara, boleh layari laman facebook rasmi Stara atau hubungi 0182244357 untuk pertanyaan.
Comments