top of page
  • Writer's pictureMYB

Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS Sediakan Akses Kemudahan Kesihatan Berkualiti Buat Penduduk Setempat

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) secara rasmi telah membuka cawangan terbaru Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS di Putrajaya pada Jumaat lalu. Majlis perasmian pusat tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS
YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyempurnakan perasmian Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS di Putrajaya yang berlansung pada Jumaat lalu .

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor UCMI bersama pengurusan kanan MAIWP dan UCMI.


Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS (PHMP) ini adalah hasil kerjasama strategik antara MAIWP dan UCMI, bertujuan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. Dalam upayanya untuk memberikan rawatan terbaik, PHMP dilengkapi dengan teknologi hemodialisis terkini termasuk Mesin Hemodiafiltration (HDF).


YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im menyatakan bahawa pembukaan pusat ini menunjukkan komitmen MAIWP dan UCMI dalam memperkasakan khidmat kesihatan kepada masyarakat, terutamanya golongan kurang berkemampuan. Dengan sinergi antara institusi agama dan pendidikan, akses kepada rawatan kesihatan berkualiti dapat diperluas.


"Pelan Transformasi Al-Falah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia menjadi inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran kesihatan melalui kempen yang meluas. Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS adalah sejajar dengan matlamat pelan ini, di mana penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses adalah keutamaan," kata YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im.


Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS
YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im turut menyantuni asnaf yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan hemodialisis di PHMP, Putrajaya

Pembukaan Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS Cawangan Putrajaya tidak hanya meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti untuk pesakit asnaf tanpa membebankan kewangan mereka, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat setempat. Selain itu, PHMP ini akan berfungsi sebagai tempat latihan bagi program post-basic renal serta lapangan kajian untuk pelajar pasca-siswazah.



Commentaires


bottom of page