top of page
Writer's pictureMYB

PREC Anjur Festival Ramadan Selangor 2022

Festival Ramadan Selangor 2022 atau ringkasnya dipanggil Festira '22 bakal merancakkan ekonomi usahawan dinegeri pasca pandemik Covid-19 seiring penganjurannya bersempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.


Menjadi antara festival Ramadan terbesar di Malaysia, Festira'22 anjuran PKNS Real Estate (PREC), diyakini mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan yang telah tiga tahun suram.



Justeru, tema “Cahaya Festira” menjadi pilihan tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.


Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani yang ditemui media selepas majlis pelancaran festival tersebut berkata, Festira'22 menyediakan lebih 500 buah ruang jualan berkonsepkan booth kepada para peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana dan kelengkapan untuk persiapan Aidilfitri,sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa, bermula 3hb April 2022 nanti.


Menurut beliau, seperti tahun-tahun sebelum ini, penganjuran Festira'22 turut akan dihebatkan dengan penyertaan para selebriti tanah air serta persembahan oleh artis jemputan sebagai halwa telinga pengunjung ketika membeli-belah.


Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.


Festira’22 turut membawakan sesi ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul.


Lebih menarik tahun ini juga bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah.


Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.


“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak," katanya.


Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,” katanya.


Untuk maklumat lanjut berhubung penganjuran Festira'22, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.prec.my atau www.bazaarlokal.com atau carian di platform media sosial Facebook Festira'22

Comments


bottom of page