top of page
Writer's pictureMYB

Pos Malaysia Dan Whoscall Lancar Initiatif #ScamFreeMalaysia

Dalam usaha untuk mengatasi isu penipuan dalam aktiviti pengeposan bungkusan yang dilihat semakin meningkat dan membimbangkan, Pos Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk melindungi pelanggan serta meningkatkan kepercayaan terhadap perkhidmatan kurier yang diberikan.


Pos Malaysia Whoscall
Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Manwoo Joo menukar Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai sebahagian daripada inisiatif #ScamFreeMalaysia dengan Pengarah Operasi, Pos Malaysia, Zaini Yahman, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri, Ramli Mohamed Yoosuf.

Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional di Malaysia, Pos Malaysia berbangga menjadi syarikat bungkusan tempatan pertama yang bekerjasama dengan Whoscall untuk memperkenalkan perkhidmatan "verified numbers" (nombor yang disahkan).


Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Initiatif #ScamFreeMalaysia diantara Pos Malaysia dan Whoscall telah berlansung di Ibu Pejabat Pos Malaysia. Pos Malaysia diwakili oleh Pengarah Operasinya, Haji Zaini Yahman sementara Whoscall diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Encik Manwoo Joo. Acara itu turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri, Ramli Mohamed Yoosuf.


Pos Malaysia Whoscall
Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Manwoo Joo, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri, Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengarah Operasi, Pos Malaysia, Zaini Yahman, melancarkan Kempen Kesedaran Penipuan Bungkusan dengan memperlihatkan risalah rasmi initiatif tersebut.

Initiatif inovatif ini akan mengesahkan lebih 6,600 nombor telefon operasi yang digunakan oleh pasukan Pos Malaysia, membolehkan pengguna aplikasi Whoscall mengenal pasti panggilan dan mesej daripada Pos Malaysia yang sah dengan yakin. Initiatif ini juga akan menampilkan gegantung dan poster kesedaran penipuan bungkusan di cawangan Pos Malaysia, risalah iklan yang disasarkan, serta video pengumuman awam.


Bagi menyokong inisiatif ini, Whoscall dan Pos Malaysia menawarkan percubaan percuma selama 60 hari bagi ciri Premium Whoscall. Rakyat Malaysia boleh menebus tawaran ini dengan melawati laman sesawang Whoscall - Tebus Kod Hadiah dan menggunakan kod promosi POSAntiScam.


Initiatif nasional ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan program kesedaran anti-penipuan perintis Pos Malaysia yang telah dilaksanakan di Perak pada awal tahun ini, sekaligus menandakan kemajuan yang besar dalam dedikasi Pos Malaysia terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan keselamatan awam.




0 komen

Comments


bottom of page