Pengguna Shopee bakal merai dan menikmati sambutan Pesta Makanan bersempena pengenalan ShopeeFood Day. Selama 3 hari berturut-turut, pengguna akan dihidangkan dengan tawaran yang menyelerakan seperti baucar, tawaran menarik, diskaun dan promosi istimewa supaya mereka boleh meraikan lebih banyak sesi makan sendiri atau bersama keluarga dan rakan apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.
ShopeeFood Day akan berlansung dari 12 hingga 14 Januari 2022. Selain daripada perkhidmatan penghantaran percuma sepanjang hari, pengguna boleh menikmati tawaran hebat sepanjang hari sehingga 50% diskaun baucar dengan perbelanjaan minimum RM15 di kedai yang mengambil bahagian seperti Oldtown White Coffee, Juicy Fresh, Salad Atelier, Agrain, Daboba, Wings of New York, karipap HOMI, Gula Harimau, Mad Mex Fresh Mexican dan banyak lagi.
Untuk pengguna yang gemarkan sesuatu yang murah, mereka boleh mendapatkan ganjaran tambahan daripada baucar terhad antara 3PM dan 5PM untuk menerima diskaun menarik sehingga 60% setiap hari apabila anda memesan dengan ShopeeFood.
ShopeeFood Day akan menjadi lebih menarik apabila pengguna menjadi layak untuk bertanding memenangi hadiah menarik bernilai RM5,200 sekiranya mereka membelanjakan minimum RM20 di mana-mana kedai yang mengambil bahagian dalam Super Deals. Pengguna bertuah boleh pergi dengan peralatan KitchenAid eksklusif dan baucar ShopeeFood.
ShopeeFood bukan satu-satunya yang menawarkan beberapa tawaran hebat. Dari 11 Januari hingga 2 Februari, pengguna juga boleh mendapatkan tawaran hebat dengan Jualan CNY Shopee. Pesta beli-belah itu menawarkan penghantaran percuma kepada rakyat Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM8, diskaun 88% baucar bonus dan RM8,888 Ang Pow setiap hari pada pukul 8 malam melalui Kuiz Fortune Shopee apabila mereka melawat platform e-dagang Shopee.
Pastikan anda tidak ketinggalan! Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day, layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday
Comentarios