top of page
Writer's pictureMYB

PERSEKA Bakal Anjur Pertandingan Air Tangan Emas - Jewel of Malaysia

Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERSEKA) bakal menganjurkan sebuah pertandingan kraftangan emas yang dikenali sebagai 'Air Tangan Emas' atau nama antarabangsanya - Jewel of Malaysia (JOM), sebagai usaha untuk mencari pereka dan artisan emas terbaik di Malaysia.


Pertandingan Air Tangan Emas - Jewel of Malaysia
PERSEKA berusaha untuk meningkatkan standard industri kraf emas di Malaysia dan mendorong inovasi dalam rekaan menerusi penganjuran Pertandingan Air Tangan Emas - Jewel of Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pereka serta artisan emas profesional dan amatur dari seluruh Malaysia yang ingin menunjukkan bakat dan keterampilan mereka dalam seni kerja kemasan emas. PERSEKA turut membuka penyertaan kepada penuntut IPTA dan IPTS serta peserta dari negara jiran Indonesia, Singapura dan Brunei.


Pengerusi PERKESA, Datin Dr. Raskidah Ali dalam sidang media yang berlansung semalam, menyatakan bahawa pihaknya berharap pertandingan tersebut akan menarik perhatian dari para pereka dan artisan emas yang berbakat di seluruh negara. "Kami mahu memacu semangat kreativiti serta inovasi di kalangan pereka dan artisan emas di Malaysia dan memberikan mereka platform untuk berdaya saing di peringkat global," katanya.


Dengan menawarkan hadiah utama berupa 1 kilogram emas 999 serta kursus jangka pendek dalam bidang senireka di University of Arts London, United Kingdom, penganjuran acara ini oleh PERSEKA bertujuan untuk meningkatkan standard industri kraf emas di Malaysia dan mendorong inovasi dalam rekaan.


Pertandingan Air Tangan Emas - Jewel of Malaysia
Pengerusi PERKESA, Datin Dr. Raskidah Ali

Pertandingan 'Air Tangan Emas'@JOM merupakan satu cabaran unik yang menguji kemahiran, originaliti, dan estetika dalam karya perhiasan emas yang dibuat. Para peserta akan melalui beberapa pusingan penilaian yang ketat dan diuji oleh panel juri yang terdiri daripada pakar industri perhiasan emas terkenal.


Sirkit pertandingan ini akan bermula pada bulan Ogos di Johor Bharu mewakili Zon Selatan, September di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur, Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, November di Sabah dan Sarawak dan akan berakhir pada Disember di Kuala Lumpur.


PERSEKA menggalakkan semua pereka dan artisan emas dari seluruh pelusuk negara untuk menyertai pertandingan ini dan menunjukkan "air tangan emas" mereka. Pendaftaran untuk pertandingan ini dan semua syarat serta maklumat lanjut mengenai pertandingan akan diumumkan oleh PERSEKA sedikit masa lagi menerusi platform media rasmi mereka.




Commentaires


bottom of page