top of page
Writer's pictureMYB

PERKIM Rasmi Kemudahan Asrama Darul Huda Untuk Bantu Mualaf Wanita

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia yang juga dikenali sebagai PERKIM, hari ini melancarkan rumah transit kedua mereka, Asrama Darul Huda, bagi memberi perlindungan dan sokongan kepada mualaf wanita yang berdepan pelbagai cabaran selepas memeluk Islam.

PERKIM
YB Hajah Rodziah Binti Ismail (Ahli Parlimen Ampang) bersama YB Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad (Ahli Dewan Undangan Lembah Jaya) menurunkan tandatangan pada plat perasmian Asrama Darul Huda siang tadi

Majlis pelancaran Asrama Darul Huda telah disempurnakan oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail (Ahli Parlimen Ampang) bersama YB Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad (Ahli Dewan Undangan Lembah Jaya). Beliau turut menzahirkan raza bangga atas usaha yang jalankan oleh pihak PERKIM didalam kawasan parlimen yang ditadbirnya.


Dalam ucapan perasmian beliau, YB Hajah Rodziah menekankan bahawa sebagai umat Islam, kita bukan hanya disaran menjaga hubungan dengan Allah, tetapi juga disarankan untuk menjaga hubungan sesama manusia. Jesteru usaha PERKIM menubuhkan Rumah Darul Huda ini sangat tepat sekaligus usaha ini mampu melibatkan keterlibatan institusi agama dan masyarakat setempat.


Asrama Darul Huda telah ditubuhkan pada Januari 2023 untuk menangani keperluan khusus mualaf wanita yang memerlukan persekitaran yang selamat dan menyokong untuk mengharungi kerumitan perjalanan agama baharu mereka.


Dengan isu seperti penolakan keluarga, ketidakstabilan kewangan dan gelandangan menjadi perkara biasa dalam kalangan demografi ini, rumah transit menawarkan tempat perlindungan yang sangat diperlukan untuk mereka yang memerlukan.


Penubuhan Asrama Darul Huda merupakan usaha kerjasama antara PERKIM Cawangan Datuk Keramat dan PERKIM Cawangan Ampang. Pada tahun 2021, PERKIM Cawangan Datuk Keramat telah menubuhkan sebuah institusi dakwah sebagai pusat transit kepada saudara lelaki baharu yang beroperasi di sebuah rumah kedai bernama Asrama Darul Fitrah.


PERKIM
Sesi taklimat ringkas diberikan oleh penyelia bertugas kepada YB Hajah Rodziah Binti Ismail dan YB Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad berhubung aktiviti yang dijalankan di Asrama Darul Huda.

Asrama Darul Huda yang terletak di di No. 73, Jalan 2, Ampang Jaya, Selangor ini merupakan rumah sewa di dalam kawasan taman perumahan sehingga kini telah menempatkan seramai 8 penghuni, termasuk individu warga emas, ibu tunggal dan anak kecil, menyediakan mereka dengan persekitaran yang selamat dan kondusif.


Asrama ini diselia oleh seorang warden, dua (2) orang guru dengan seorang pembantu bagi melancarkan segala urusan dan keperluan harian. Semua penghuni yang menginap di sini tidakdik enakan sebarang bayaran dan di tanggung secara percuma oleh PERKIM Datuk Keramat dan PERKIM Ampang.


Menurut Pengerusi PERKIM Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, kos pengurusan untuk sebulan bagi asrama ini adalah sekitar RM10,000 yang meliputi sewa rumah, bayaran eletrik dan air, gaji guru-guru dan warden, kos makan dan minum, buku dan kitab pengajian serta sebagainya.


Selain menawarkan perumahan sementara,Asrama Darul Huda juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran agama, menawarkan kelas seperti kelas fardhu Ain, kelas mengaji, kelas fiqh dan sebagainya dengan kekerapan empat (4) kali seminggu.


Pada majlis perasmian tersebut YB Hajah Rodziah Binti Ismail mewakili Parlimen Ampang turut menyampaikan sumbangan bernilai RM15,000 kepada pihak PERKIM sebagai bantuan dana permulaan kepada badan tersebut untuk menguruskan Asrama Darul Huda.




Comments


bottom of page