top of page
Writer's pictureMYB

Penganjur Festival Ramadan SACC Walk Santuni 100 Penghantar Makanan

Penganjur Festival Ramadan SACC Mall menyantuni seramai 100 orang penghantar makanan (food rider) dari pelbagai syarikat perkhidmatan tersebut dalam satu majlis Iftar Jamaie “Food Rider” bersama Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang berlansung pada Ahad lalu.


Program Iftar Jamaie "Food Rider"
Gembira...Penganjur Festival Ramadan SACC Mall bersama-sama Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyantuni seramai 100 orang penghantar makanan dalam majlis Iftar Iftar Jamaie “Food Rider” yang berlansung Ahad lalu.

Majlis yang dianjurkan secara bersama oleh Event X dan Jom Havoc dengan kerjasama Skuad Sayang 3K, Alfaro Exclusive dan Dapur Andak itu adalah sebagai memenuhi objektif tanggungjawab sosial koporat (CSR) mereka sekaligus mengalu-alukan ketibaan 10 Ramadan terakhir serta sebagai menghangatkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Program Iftar Jamaie "Food Rider" bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan hidangan yang lazat kepada para penghantar makanan yang rajin tetapi juga untuk membawa keceriaan dan kemeriahan di kawasan tersebut.


Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan, "Acara berbuka puasa ini adalah idea spontan daripada pihak penganjur untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai serta memeriahkan lagi kawasan SACC Walk, lokasi dimana majlis ini berlansung, di mana para penghantar makanan berkumpul untuk berbuka puasa dan menikmati hidangan bersama. "


Program Iftar Jamaie "Food Rider"
Salah seorang penghantar makanan yang hadir menerima bakul makanan sumbangan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid serta pakaian raya sumbangan Alfaro Exclusive

Pada majlis itu, Nurulhidayah secara peribadi menyumbang bakul makanan kepada penerima, manakala Alfaro Exclusive menyumbang pakaian tradisional Kurta yang boleh dipakai oleh mereka semasa sambutan Aidilfitri akan datang.


Tindakan berbakti kepada masyarakat sepanjang Ramadan ditegaskan Nurulhidayah yang menyeru individu dan organisasi untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.


"Ketika kita memasuki fasa akhir Ramadan, saya menggesa semua orang untuk bersama menyumbang kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ganjaran pada hari-hari terakhir ini sangat besar, jadi marilah kita semua bersama-sama dan memberi kembali."



Sementara itu, Pengarah Jom Havoc, Puan Norazira merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja yang tampil meraikan kerja keras setiap penghantar makanan. Penajaan 100 bakul makanan terdiri dari (5kg beras, minyak masak, gula, biskut, bihun, dan banyak lagi), baju raya dan kuih muih menjadi ikhtiar kecil untuk meringankan beban yang dihadapi mereka semasa musim perayaan.


Walaupun hanya mempunyai satu minggu untuk membuat persiapan, acara itu berjaya dengan jayanya, menghimpunkan 100 penghantar makanan dalam jangka masa yang singkat. Dengan hanya 10 hari untuk merancang, penganjur berharap masyarakat akan terus menyokong vendor tempatan dengan membeli produk mereka.


Festival Ramadan SACC Mall bermula pada 15 Mac 2024, dan berterusan sehingga malam Aidilfitri pada 9 April 2024, dengan 75 vendor menambah kemeriahan acara tersebut, termasuk 10 vendor terdiri daripada selebriti tempatan seperti Asmidar, Loca B, Asfan Shah, Putera Syed , dan Nasi Pakistan NO1 Batu Pahat.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page