top of page
Writer's pictureMYB

Pelayaran Mewah Resorts World Cruises Kini Berlabuh Di Dubai

Resorts World Cruises mengukir sejarah baharu apabila kapal persiaran mewah Resorts World One memulakan pelayaran perdananya dari Dubai pada 1 November 2024. Kapal yang mampu memuatkan 1,800 penumpang ini akan beroperasi tiga kali seminggu dari Terminal 2 Pelabuhan Rashid, Dubai ke beberapa destinasi menarik di sekitar Teluk Parsi.


Pelayaran Mewah Resorts World Cruises Kini Berlabuh Di Dubai
(Kiri ke Kanan): En. Naresh Rawal (Naib Presiden Kanan- Jualan, RWC), En. Michael Goh (Presiden, RWC), En. Hamza Mustafa (Ketua Pegawai Operasi, DPWorld), Tan Sri Lim Kok Thay (Pengerusi, RWC), Encik Saud Hareb Almheiri, Ketua Pelancongan Pelayaran & Kapal Layar, Dubai Jabatan Ekonomi dan Pelancongan & En. Colin Au (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, RWC).

Majlis sambutan istimewa telah diadakan di atas kapal dengan kehadiran hampir 600 tetamu jemputan. Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh bersama barisan pengurusan kanan telah mengalu-alukan kehadiran pelbagai pihak berkuasa tempatan, media dan influencer terkemuka. Para tetamu berpeluang menikmati persembahan langsung, pelbagai hidangan istimewa dan lawatan berpandu ke seluruh kemudahan kapal.


Sempena pelancaran ini, para tetamu ditawarkan promosi istimewa termasuk kredit makanan dan minuman bernilai AED 700 atau US$190 bagi setiap bilik untuk pelayaran pada bulan November, meliputi pelayaran 3 malam ke Oman dan 2 malam ke Qatar.


Pelayaran Mewah Resorts World Cruises Kini Berlabuh Di Dubai
Ketibaan kapal persiaran mewah Resorts World One di Pelabuhan Rashid Cruise Terminal 2 di Dubai.

Kapal Resorts World One menawarkan pelbagai pakej percutian menarik termasuk pelayaran hujung minggu 2 malam ke Sir Bani Yas (berlepas Jumaat), pelayaran 2 malam ke Doha, Qatar (berlepas Rabu) dan pelayaran 3 malam ke Muscat-Khasab, Oman (berlepas Ahad). Para pelancong juga boleh menggabungkan pakej untuk menikmati pelayaran lebih panjang selama 4, 5 atau 7 malam.


Yang menariknya, Resorts World One telah mendapat pensijilan dari Pertubuhan Kerjasama Islam dan Institut Piawaian dan Metrologi. Kapal ini menyediakan hidangan halal yang diperakui, termasuk pilihan vegetarian dan masakan Jain, serta kemudahan mesra Muslim yang memberi ketenangan kepada tetamu Muslim dari Teluk dan seluruh rantau.


"Kami amat gembira Resorts World One telah tiba di Dubai dan bersedia untuk belayar. Kami juga akan melancarkan pelayaran pertama dengan sambutan Deepavali khas sepanjang minggu," kata Michael Goh.


Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh melayari www.rwcruises.com, menghantar e-mel ke enquire@rwcruises.com atau menghubungi ejen pelancongan tempatan.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page