Hotel Grand Barakah dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang, kini merupakan sebuah hotel (patuh shariah) yang menawarkan harga bilik penginapan yang berpatutan serta mesra Muslim di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Kembali beroperasi dibawah pengurusan baru bermula Oktober 2021 lalu, Grand Barakah Hotel menawarkan pengalaman penginapan yang terbaik di 204 bilik yang direka dengan cantik dan 32 suite luar biasa yang membangkitkan kemegahan dengan restoran dan kafe mesra keluarga untuk pengembara perniagaan dan keluarga.
Lokasi Hotel Grand Barakah yang terletak tidak jauh dari pusat perniagaan Ampang yang sibuk, berhadapan dengan pusat beli-belah ikonik, Ampang Point di Jalan Selaman di luar Jalan Ampang, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kelainan dalam pengalaman penginapan mereka. Dengan kemudahan seperti Stesen LRT berdekatan, Hospital Pakar Ampang Puteri dan kedai emas terkenal Habib Jewels di Malaysia, Hotel Grand Barakah membolehkan tetamu untuk menemui yang terbaik yang ditawarkan Kuala Lumpur di satu lokasi pusat.
BILIK PENGINAPAN
Hotel Grand Barakah mempunyai 11 tingkat yang menawarkan sebanyak 204 buah bilik yang terdiri dari bilik Premier dan Deluxe. Bagi bilik penginapan di "Premier Floor", Hotel Grand Barakah menawarkan 3 pilihan bilik penginapan terdiri dari "Premier Deluxe", "Premier Junior Suite" dan "Premier Executive Suite". Manakala untuk bilik penginapan di "Deluxe Floor" pula menawarkan 3 pilihan bilik penginapan terdiri dari "Deluxe". "Junior Suite" & "Executive Suite".
Setiap bilik penginapan di Hotel Grand Barakah dihiasi dengan kemasan hiasan dalaman yang bertemakan seni geometri Islam serta padanan warna yang memberikan perspektif luas dan tenang pada setiap ruang di dalamnya selain dilengkapi dengan fasiliti asas seperti wifi percuma, televisyen, peti sejuk mini, mini bar, sejadah, peti penyimpanan keselamatan, penyangkut baju, serta kerusi dan sofa
DELUXE FLOOR | PREMIER FLOOR |
DELUXE FLOOR DELUXE (26 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM200 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM230 | PREMIER DELUXE (26 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM230 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM260 |
JUNIOR SUITE (45 sqm) Jenis Katil : Queen / Twin Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM270 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM300 | PREMIER JUNIOR SUITE (45 sqm) Jenis Katil : King Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM330 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM360 |
EXECUTIVE SUITE (65 sqm) Jenis Katil : King Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM370 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM400 | PREMIER EXECUTIVE SUITE (65 sqm) Jenis Katil : King Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM430 Harga Dengan Sarapan Pagi : RM460 |
WARISAN BONDA, THE RUMBIA DAN AL- AZZRAF
Hotel Grand Barakah menawarkan pengalaman F&B yang menarik melalui 2 kafe dan subuah restoran makanan Arab dan Turki yang beroperasi di dalam premis hotel ini. Bagi penggemar hidangan istimewa Aidilfitri, kafe Warisan Bonda menawarkan buffet hidangan istimewa seperti lemang, ketupat pulut, ketupat palas, nasi impit, burasak, rendang daging dan ayam serta banyak lagi hidangan istimewa pada harga bermula RM30. Pendek kata di Warisan Bonda, setiap hari adalah hari raya. Sementara itu, kafe The Rumbia menghidangkan pilihan makanan tempatan dan barat untuk sarapan pagi hingga makan malam. Manakala Restoran Al-Azzraf menawarkan hidangan timur tengah dalam suasana privasi penuh eksklusif.
GRAND BALLROOM, SURAU DAN KOLAM RENANG
Hotel Grand Barakah turut menyediakan dewan 'ballroom' yang luas dan selesa bagi mereka yang ingin menganjurkan sebarang jenis majlis seperti pertunangan, pernikahan, perkahwinan, malam anugerah, konsert dan sebagainya. Dewan 'ballroom' ini mampu memuatkan sehingga 600 tetamu dalam satu-satu masa mengikut SOP yang ditetapkan. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM38 (seorang) untuk hidangan buffet ataupun 'Dome Set'. Kemudahan seperti pentas persembahan, pelamin, meja buffet, meja hidangan, sistem siaraya dan pelbagai kemudahan berkaitan turut disediakan.
Hotel Grand Barakah turut menyediakan surau yang luas terbahagi kepada ruang solat untuk lelaki dan wanita yang luas di aras 3 untuk kegunaan tetamu. Hotel Grand Barakah juga merupakan hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti solat Jumaat. Surau Jumaat Nurul Hikmah mempunyai orang 3 imam tetap dan setiap Jumaat akan diadakan majlis tazkirah pada pukul 12.20 tengahari yang mana tazkirah akan disampaikan oleh ustaz yang dijemput khas oleh pihak hotel.
Hotel Grand Barakah juga turut menyediakan kemudahan 2 buah kolam renang bersaiz besar dan sederhana di aras 3 premis hotel ini untuk kegunaan tetamu dewasa dan kanak-kanak.
PAKEJ PENGINAPAN DAN F&B YANG MENARIK
Sebagai usaha untuk menarik minat dan kehadiran lebih ramai tetamu dan pengembara untuk mengalami pengalaman penginapan serta F&B yang menarik, Hotel Grand Barakah sentiasa aktif mengadakan promosi-promosi seperti penjualan baucar penginapan dan F&B pada harga diskaun.
Bersempena dengan kehadiran Ramadan tidak lama lagi, Hotel Grand Barakah turut menawarkan promosi Pakej Penginapan Ramadhan. Pada harga RM250 seorang atau RM2300 untuk 10 hari, Pakej Penginapan Ramadan menawarkan aktiviti menarik seperti program berbuka puasa, solat terawikh berjemaah, moreh, Qiamullail, sahur dan tazkirah subuh untuk tetamu yang memilih untuk menginap disini. Selain itu Buffet Ramadan dengan lebih dari 100 jenis hidangan turut disediakan untuk tetamu yang memilih untuk berbuka puasa di sini.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut serta promosi menarik boleh melayari laman sesawang rasmi serta platform media sosial Hotel Grand Barakah atau menghubungi pegawai pemasaran dibawah untuk tempahan bilik serta pakej.
0197194070 - Ain
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070- Pejabat
Selamat menginap di Hotel Grand Barakah!
Comments