top of page
Writer's pictureMYB

Nongshim Perkenal Duta Jenama Dan Dua Perisa Ramyun Baru Untuk Pasaran Malaysia

Nongshim, jenama terkemuka di belakang mi segera nombor satu Korea, Shin Ramyun, baru-baru ini melancarkan dua perisa baharu: Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas dan Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju. Acara pelancaran berlangsung di Sunway Pyramid, menampilkan sambutan hangat orang ramai terhadap masakan dan budaya Korea. Perisa Nongshim baharu ini direka khas untuk memikat selera Malaysia.


Nongshim
Nongshim memperkenalkan dua perisa ramyun terbaru, Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas dan Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju yang dicipta khas untuk pasaran Malaysia

Perisa Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas diperbuat daripada campuran rempah dan perisa yang dipertingkatkan yang melengkapi rasa ayam. Ia juga memberikan cetusan rasa pedas berapi yang akan membangkitkan selera pedas.


Sementara itu, Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju pula menampilkan gabungan rasa keju dan kepedasan yang penuh nikmat. Kedua-dua perisa ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keinginan pedas dan berkeju mereka.


Pada majlis pelancaran itu, Nongshim turut memperkenalkan duta jenama terbaharunya, Wany Hasrita dan Khai Bahar, dua artis dan vokalis popular Malaysia yang terkenal. Kedua-dua mereka turut mempersembahkan single duet terbaru yang juga merupakan lagu tema yang diciptakan khas untuk pelancaran perisa baru tersebut.


Nongshim
Nongshim turut memperkenalkan penyanyi Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai duta terbaru produk itu

Lagu 'Makan Cintaku,' sebuah nyanyian indah yang menggambarkan pelbagai detik cinta, kegembiraan dan kebahagiaan—selalunya dibuat lebih istimewa dengan semangkuk ramyun yang sangat bergema dengan semua rakyat Malaysia. Single baharu itu ditulis, digubah dan disusun oleh Dennis Lau, sementara liriknya ditulis oleh Brendon Tan.


Lee Yong Jae, Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Perniagaan Antarabangsa di Nongshim Korea, menyatakan, “Produk Nongshim Shin Ramyun disahkan HALAL untuk memastikan keutamaan diet semua pengguna di Malaysia dipenuhi. Pengguna beragama Islam boleh mencari logo HALAL pada pembungkusan Shin Ramyun semasa membuat pembelian.


"Kami komited untuk menyampaikan kebahagiaan dengan memberi tumpuan kepada pelanggan kami, berinovasi secara berterusan dan menyesuaikan produk kami untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai di Malaysia.”



Nongshim juga bakal memulakan jerayawara di seluruh negara dari Ogos hingga November 2024, sebagai mempromosikan keterujaan perisa baharu ini kepada peminat di seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik serta pengalaman interaktif seperti ujian rasa, hadiah dengan pembelian dan permainan yang menyeronokkan telah disusun sepanjang jerayawara tersebut berlansung. Orang ramai boleh mengakses ke laman sesawang Nongshim untuk butiran lanjut.


Bersempena dengan pelancaran perisa Nongshim Shin Ramyun baharu, K Fry telah memperkenalkan menu masa terhad - Shin Volcanic Corn Cheese Bokkeummyeon, tersedia dari 15 Ogos hingga 31 Oktober 2024, di semua cawangan K Fry di Semenanjung Malaysia. K Fry (slanga Korea moden untuk Korean Fried Chicken) ialah jenama Korea tempatan yang mengkhususkan diri dalam ayam goreng asli Korea dan hidangan Korea yang memuaskan dengan sentuhan moden.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


bottom of page