top of page
Writer's pictureMYB

Nikmati Sajian Juadah Mewah Akhir Tahun Di Kampung Kitchen Ibis KLCC

Sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu, Kampung Kitchen di Hotel ibis Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menawarkan pengalaman bufet istimewa dengan pelbagai hidangan menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan tersayang.


Nikmati Sajian Juadah Mewah Akhir Tahun Di Kampung Kitchen Ibis KLCC

Bermula 24 Disember 2024, para tetamu boleh menikmati Bufet Merry Festive yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa termasuk hidangan tradisional Krismas seperti Ayam Kalkun Panggang Tradisional dengan Sos Cranberry, Rusuk Daging Panggang dengan Rempah Herba, Kambing Bakar serta pilihan makanan laut segar dan menu masakan tempatan termasuk pilihan menu pembuka selera serta pencuci mulut yang memenuhi citarasa setiap tetamu.



Bagi mereka yang ingin menikmati suasana malam yang lebih meriah, Bufet Malam tersedia dari jam 6 petang hingga 10 malam dengan harga RM118 nett untuk dewasa dan RM83 nett untuk kanak-kanak pada 24 Disember, manakala pada 25 Disember harga diturunkan kepada RM108 nett untuk dewasa dan RM76 nett untuk kanak-kanak.


Sambutan akan diteruskan dengan promosi Year End Buffet Special pada 31 Disember 2024 dan 1 Januari 2025. Bufet Tengahari & Hi-Tea kekal dengan harga yang sama, manakala harga Bufet Makan Malam untuk 1 Januari adalah RM108 untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak.


Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan band secara langsung, cabutan bertuah dan cenderahati istimewa yang disediakan oleh ibis KLCC.



Menurut jurucakap Restoran Kampung Kitchen, "Kami telah menyediakan menu yang istimewa untuk meraikan musim perayaan ini bersama para tetamu. Selain hidangan yang pelbagai, kami juga menawarkan diskaun 10% untuk tetamu hotel dan ahli ALL, serta mereka yang membuat tempahan awal sebelum 18 Disember 2024."


Restoran yang beroperasi di Aras 10, ibis Kuala Lumpur City Centre ini turut memaparkan logo halal yang menjamin kehalalan setiap hidangan. Tempahan boleh dibuat melalui talian +60 3-2778 3388 atau WhatsApp di +60126689929. Untuk tempahan berkumpulan, sila hubungi +60126689970.


Para tetamu dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan memandangkan tempat adalah terhad untuk musim perayaan ini.





Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page