top of page
Writer's pictureMYB

Nikmati Citarasa Thai Di Ibis KLCC Dengan Harga Istimewa Sepanjang November

Kampung Kitchen di Ibis Kuala Lumpur City Centre (KLCC) kini membawakan promosi 'Malaysian Delights: Jom Makan Thai Food' yang menjanjikan pengalaman gastronomi Thailand yang menakjubkan. Bermula 1 hingga 30 November 2024, para pengunjung berpeluang menikmati lebih dari 30 hidangan bufet Thai yang menggabungkan kelazatan masakan Thai dan Malaysia yang disediakan oleh Chef Faridul Ataras serta Chef Roby Ummar dan pasukan mereka.



Bufet ini menawarkan pelbagai hidangan pembuka selera yang menyegarkan termasuk Som Tam klasik dan pelbagai pilihan salad. Bagi peminat sup Thai, Tom Kha Ghai yang kaya dengan santan kelapa pasti menghangatkan perut.


Hidangan utama merangkumi pilihan yang mengasyikkan seperti Pad Thai yang popular, Nasi Ayam Khao Mok Thai, Nasi Goreng Nanas, Kari Ayam Hijau Thai Dengan Sayuran (Kaeng Kheiyw Hwan Ki) , Kari Kambing (Kaeng Phaea), Tom Yam Gong yang menggoda dan hidangan laut seperti Ikan Stim Serai dan Udang Pedas Rangup (Tom Kham Gong) yang pasti menghangatkan selera.


Pengunjung juga boleh menikmati pilihan makanan jalanan Thai popular seperti Ayam Pandan, Ayam Pop Corn Tom Yam, Kek Ikan Thai, dan Dim Sum Tom Yam yang disediakan di empat stesen masakan yang berbeza.


Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan fusion Melayu seperti Daging Rendang Perak, Kari IKan Dengan Bendi, Ayam Masak Lemak, Sambal Telur dan Goreng Kacang Panjang Dengan Udang Kering yang membawa sentuhan tempatan.


Para pencinta makanan manis pasti teruja dengan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Pulut Mangga dan Tub Tim Krob atau lebih popular dengan nama Red Rubies termasuk Ais Batu Campur tradisional, kuih-muih Melayu, pastri Perancis, dan aneka buah-buahan segar. Bufet ini dilengkapi dengan minuman istimewa Thailand, kopi, teh dan kordial.





 

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi:

  • Hari biasa (Isnin-Jumaat): RM59 nett/dewasa, RM49 nett/kanak-kanak

  • Hujung minggu & cuti umum: RM79 nett/dewasa, RM59 nett/kanak-kanak


Waktu bufet:

  • Makan tengah hari: 12:00 petang - 3:00 petang (hari biasa) / 4:00 petang (hujung minggu)

  • Makan malam: 6:00 petang - 10:00 petang


 

Pengunjung hotel dan ahli kelab layak menerima diskaun 10%, dan tempat letak kereta percuma disediakan untuk semua tetamu. Sebagai bonus, persembahan buskers khas akan menghiburkan para pengunjung.


Untuk tempahan, sila hubungi +60 3-2778 3388 atau layari www.kampungkitchen.com. Kampung Kitchen terletak di Aras 10, Ibis Kuala Lumpur City Centre.



留言


bottom of page