top of page
Writer's pictureMYB

Nidji Bakal Gegarkan Axiata Arena Dengan Konsert Solo Pertama

Kumpulan rock Indonesia, Nidji akan mengadakan konsert solo pertama mereka di Malaysia bertajuk 'Nidji 2.3: The New Chapter' di Axiata Arena Bukit Jalil pada 2 Februari 2025, sempena sambutan ulang tahun ke-23 kumpulan tersebut dalam industri muzik.


Nidji Bakal Gegarkan Axiata Arena Dengan Konsert Solo Pertama
Sidang media anjuran MND Sport & Event berlansung baru-baru ini bagi memaklumkan penganjuran Nidji 2.3: The New Chapter', yang merupakan konsert solo kumpulan Nidji di Malaysia yangbakal berlansung di Axiata Arena pada 2 Februari 2025

Konsert yang dianjurkan oleh MND Sport & Event ini bakal menampilkan barisan ahli kumpulan terkini iaitu Yusuf Ubay (vokal/saksofon), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (kibod), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (gitar), serta Adri Prakarsa (dram).


Daniel Harith, wakil penganjur berkata, idea mengadakan konsert solo ini tercetus selepas melihat sambutan hangat peminat terhadap Nidji dalam pelbagai festival muzik di Malaysia sejak kebelakangan ini.


"Nidji bukan sekadar popular dengan lagu viral 'Sumpah Dan Cinta Matiku' di TikTok, tetapi mereka mempunyai banyak hits seperti 'Hapus Aku', 'Sang Mantan' dan 'Disco Lazy Time' yang masih relevan sehingga kini," jelasnya.


Nidji Bakal Gegarkan Axiata Arena Dengan Konsert Solo Pertama
Nidji kini dianggotai Yusuf Ubay (vokal/saksofon), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (kibod), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (gitar), serta Adri Prakarsa (dram).

Menurut wakil kumpulan Nidji, konsert ini akan menjadi platform istimewa untuk mereka bertemu peminat dalam suasana lebih intim, sekaligus memperkenalkan album baharu yang akan dilancarkan pada November ini.


"Kami berjanji akan memberikan persembahan yang penuh bertenaga dan tidak mengecewakan peminat yang sudah lama menantikan konsert solo kami di Malaysia," ujar mereka dalam sidang media di ibu kota hari ini.


Tiket konsert yang berharga antara RM108 hingga RM258 akan mula dijual pada Jumaat, 8 November 2024, pukul 3 petang melalui platform ILASSOTICKETS. Pakej 'Meet & Greet' turut ditawarkan pada harga RM198.


Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002 ini kembali mencuri perhatian selepas lagu 'Sumpah Dan Cinta Matiku', yang merupakan runut bunyi filem 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' (2013), menjadi fenomena di aplikasi TikTok.



Comments


bottom of page