top of page

Naturals by Watsons Tampil Dengan Formula Baharu Yang Lebih Mantap

Writer's picture: MYBMYB

Selepas 13 tahun mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran produk penjagaan diri, Naturals by Watsons kini tampil dengan pembaharuan yang mengujakan melalui pelancaran semula rangkaian produknya yang menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan kemajuan sains moden.


Naturals by Watsons Tampil Dengan Formula Baharu Yang Lebih Mantap
Formulasi Naturals by Watsons kini direka khas untuk memberikan penjagaan optimum kepada pengguna.

Rangkaian produk baharu ini mengetengahkan formula yang telah ditambah baik, mengandungi lebih 95% bahan semula jadi yang diperkaya dengan bahan aktif seperti ceramide dan peptide. Dengan kombinasi bahan-bahan premium seperti Aloe Vera, Argan, Kopi, Lavender, dan Zaitun, setiap produk direka khas untuk memberikan penjagaan optimum kepada pengguna.


Keberkesanan rangkaian produk ini telah terbukti melalui produk popularnya, Naturals by Watsons Lavender Body Lotion yang mampu memberikan kelembapan sehingga 72 jam, manakala krim tangan Argan pula menawarkan lembapan mendalam sehingga 48 jam.


Sejari dengan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, pembungkusan baharu Naturals by Watsons menggunakan botol yang diperbuat daripada 100% plastik yang dikumpul dalam lingkungan 50 kilometer dari pesisiran pantai Asia. Inisiatif ini bertujuan mencegah sisa plastik daripada memasuki lautan. Malah, reka bentuk botol yang terpilih turut mendapat pensijilan Climate Partner, membuktikan kesungguhan jenama ini dalam usaha melindungi alam sekitar.


Naturals by Watsons Tampil Dengan Formula Baharu Yang Lebih Mantap
Majlis pelancaran semula produk Naturals by Watsons disempurnakan oleh Encik Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, dan Cik Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan di Watsons Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran ini, Naturals by Watsons mengadakan pop-up store bertema 'Alice Saves Wonderland' di Tingkat 2, The Exchange TRX dari 16 hingga 22 Disember 2024. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran eksklusif, termasuk diskaun 15% untuk semua produk dan sikat kayu edisi terhad dengan ukiran peribadi untuk pembelian melebihi RM40. Istimewa untuk 30 pelanggan pertama setiap hari, mereka berpeluang menebus krim tangan Naturals by Watsons secara percuma di gerai tersebut.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Naturals by Watsons yang telah ditambah baik ini, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan Watsons atau membeli secara dalam talian di laman web rasmi Watsons Malaysia.


Dengan gabungan sempurna antara kebaikan alam semula jadi dan kemajuan sains moden, Naturals by Watsons terus komited dalam menawarkan produk penjagaan diri yang bukan sahaja berkesan, malah mesra alam untuk generasi akan datang.



0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page