top of page
Writer's pictureMYB

Miniso Terima Pengiktirafan MBOR Untuk Jenama Runcit IP Terbanyak Di Seluruh Malaysia

Miniso, rangkaian kedai jualan runcit global yang terkenal dengan koleksi perkakasan rumah dan barisan produk rekaan Jepun, kini telah mengukuhkan kedudukannya di pasaran Malaysia dengan membuka cawangan terbaru mereka bertemakan Zanmang Loopy yang pertama di Pavilion Bukit Bintang.


Miniso
Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong D.J.N; (kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR - 'Jenama Runcit Harta Intelek (IP) Terbanyak Di Seluruh Malaysia' kepada Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Gong; (kiri)

Selain itu, Miniso turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Jenama Runcit Harta Intelek (IP) Terbanyak Di Seluruh Malaysia'. Pengiktirafan ini menunjukkan pencapaian cemerlang Miniso dalam memperkenalkan pelbagai koleksi rekaan eksklusif dan berlesen dari pelbagai syarikat serantau, yang sememangnya mendapat sambutan hangat daripada pengguna di negara ini.


Majlis pembukaan dan perasmian cawangan Miniso 'Zanmang Loopy' di Pavilion Bukit Bintang serta penyerahan sijil MBOR tersebut berlansung baru-baru ini dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL, Yeoh Soo Ching; Pengurus Besar Penyewaan Pavilion KL, Pearly Lim; Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong D.J.N; Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Gong; Naib Pengurus Besar Miniso, Rooya.


Miniso
Majlis perasmian pembukaan Miniso 'Zanmang Loopy di Pavilion Bukit Bintang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL, Yeoh Soo Ching; Pengurus Besar Penyewaan Pavilion KL, Pearly Lim; Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong D.J.N; Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Gong; Naib Pengurus Besar Miniso, Rooya dan penyanyi, Layla Sania

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Gong, mengakui bahawa pembukaan cawangan Zanmang Loopy di Pavilion Bukit Bintang merupakan satu langkah strategik bagi mengukuhkan lagi kehadiran Miniso di Malaysia. Beliau turut berterima kasih di atas pengiktirafan yang diterima daripada Malaysia Book of Records, dan berazam untuk terus membawa pengalaman membeli-belah yang lebih berinovasi dan bermakna kepada pelanggan setia Miniso.


"Sebagai jenama runcit barangan harian yang terkini, tujuan Miniso adalah "Life is for Fun". Kami berharap pembukaan kedai tematik Zanmang Loopy di Pavilion KL akan membawa kejutan dan pengalaman membeli-belah yang memuaskan kepada semua."


Miniso
Zanmang Loopy merupakan jenama harta intelek (IP) Korea yang popular.

Untuk kali, Miniso membawa masuk jenama harta intelek (IP) Korea yang popular, Zanmang Loopy, dengan pelbagai produk fesyen harian Zanmang Loopy seperti beg duit syiling, cermin mata comel, pen, buku nota, anak patung, beg galas, cawan keluli, tuala, kotak pensel, dan aksesori rambut yang comel, memberikan pengalaman membeli-belah yang segar kepada pengguna, menjadikan kedai ini sebagai lokasi menarik yang baru di Pavilion KL. Selain Zanmang Loopy, Miniso turut menjual produk jenama (IP) lain terdiri dari Barbie, Disney, BT21,Minions dan banyak lagi secara terhad.


Reka bentuk kedai berfokus kepada warna pink romantik Zanmang Loopy, dengan patung besar Ruby menyambut pengunjung di pintu masuk. Ini pasti akan menarik ramai golongan muda untuk melawat dan bergambar di dalam kedai, memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, dan melaksanakan misi Miniso - membawa kegembiraan dan inspirasi hidup yang lebih baik kepada semua orang.



Miniso memahami bahawa suasana membeli-belah memberi kesan besar kepada pengalaman pelanggan dan imej jenama. Dengan keluasan 1720 kaki persegi, kedai ini mengumpulkan lebih daripada 3000 produk trendi, dan mempunyai zon pengalaman untuk aromaterapi, kotak buta, kosmetik, dan aksesori.


Sejak kali pertama muncul di pasaran Malaysia, Miniso telah menjadi destinasi kegemaran penggemar produk rekaan Jepun di negara ini. Dengan pembukaan cawangan Zanmang Loopy yang pertama di Pavilion Bukit Bintang dan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, Miniso semakin mengukuhkan reputasinya sebagai jenama jualan runcit yang paling diminati dengan koleksi produk berkualiti dan unik kepada para pengguna Malaysia.



0 comments

Comments


bottom of page