top of page
Writer's pictureMYB

Malaysia Jadi Hos Kepada Persidangan Dan Pertandingan STEM Antarabangsa Anjuran TMP Little Scientist Academy

Updated: 6 Ogo

Malaysia buat julungkali telah menjadi tuan rumah Persidangan dan Pertandingan Inovasi STEM Antarabangsa, menghimpunkan perwakilan pendidik dan pelajar dari lebih 15 negara terdiri dari Bangladesh, Vietnam, India,Myanmar, Philippines, Brazil, Khazakaztan, Nepal, Indonesia, Turkey dan Romania termasuk Malaysia.


STEM
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada perwakilan Persidangan dan Pertandingan Inovasi STEM Antarabangsa anjuran TMP Little Scientist Academy yang berlansung di Geno Hotel, Shah Alam pada Sabtu lalu

Sebanyak 75 pernyertaan bertanding secara fizikal manakala 184 penyertaan terlibat secara dalam talian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 259 penyertaan. Daripada jumlah penyertaan tersebut, sebanyak 140 penyertaan telah memenangi pingat emas, 71 pingat perak dan 48 pingat gangsa manakala 35 penyertaan lagi telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori anugerah khas.


Acara berprestij anjuran TMP Little Scientist Academy ini, telah berlansung dari 1 hingga 3 Ogos 2024 bertemakan Kreativiti dalam Pendidikan Pedagogi dan Integrasi Teori Baharu, bertujuan untuk memupuk inovasi dan kolaborasi dalam bidang pendidikan.


Mengetuai tanggungjawab dalam penganjuran persidangan antarabangsa ini ialah Dr. Malini Eaganathan, yang berwawasan di sebalik TMP Little Scientist Academy. Dedikasi Dr Malini untuk mempromosikan Malaysia melalui pendidikan dan budaya telah mendapat pengiktirafannya, termasuk memenangi pingat World Book Of Records sebanyak dua kali. Kerja keras beliau telah membawa kepada penganjuran pertandingan STEM untuk pelajar tempatan, mempamerkan komitmen Malaysia terhadap kecemerlangan pendidikan.


Matlamat utama Persidangan dan Pertandingan Inovasi STEM Antarabangsa adalah untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan pendidik dari pelbagai negara dan menyediakan platform untuk berkongsi amalan pendidikan yang inovatif. Dengan kehadiran perwakilan dari 15 negara berbeza, persidangan itu menawarkan peluang unik untuk kerjasama dan pertukaran budaya.


STEM
Kerja keras Dr. Malini Eaganathan telah membawa kepada penganjuran pertandingan STEM untuk pelajar tempatan, mempamerkan komitmen Malaysia terhadap kecemerlangan pendidikan.

Sepanjang persidangan itu, para peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti, termasuk Olimpiad Antarabangsa dalam Bahasa dan Kepimpinan, pertandingan STEM, sesi latihan, pertukaran budaya dan bengkel kerjasama. Aktiviti ini direka bentuk untuk menyediakan pengalaman pembelajaran holistik untuk kedua-dua pendidik dan pelajar.


Lebih dari 40 inovasi STEM yang menarik telah dipersembahkan oleh perwakilan pelajar tempatan dan luar negara pada sewaktu pertandingan inovasi STEM ini berlansung. Mereka berjaya mencipta penyelesaian unik serta membina serta membentuk sistem yang mampu untuk menyelesaikan satu situasi masalah sekaligus menonjolkan ketepatan teknikal dalam inovasi yang dipersembahkan.


STEM
Adik Vsyhnavi Thiageswaran, 9 tahun dari SK Seri Selangor berjaya memenangi pingat emas menerusi ciptaan inovasi kapsul baja organik yang diberi nama sebagai 'Plants E-Booster.

Perwakilan Malaysia turut berbangga apabila salah satu inovasi STEM yang dipertandingkan oleh peserta, adik Vsyhnavi Thiageswaran, 9 tahun dari SK Seri Selangor berjaya memenangi pingat emas menerusi ciptaan inovasi yang diberi nama sebagai 'Plants E-Booster'. Ia merupakan komposisi baja organik yang dihasilkan dari campuran kulit telur dan hampas daun teh yang dikapsulkan dalam kapsul gelatin.


Persidangan itu turut menerima kerjasama dan perkongsian strategik dari organisasi utama seperti Universiti Geomatika Malaysia dan Universiti Nilai yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan TMP Little Scientist Academy dan pertandingan STEM yang akan datang.


Penganjuran acara ini turut disokong oleh beberapa rakan kongsi strategik lain, seperti World Book of Records London, RELLTAW International, Persatuan Saintis Muda Malaysia, dan Yayasan Geist, juga telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan acara berprestij ini.


Secara keseluruhannya, Persidangan dan Pertandingan Inovasi STEM Antarabangsa ini dilihat telah memberikan satu pengalaman yang transformatif untuk para pendidik dan pelajar. Dengan tumpuan pada kreativiti, inovasi dan kerjasama, acara ini ditetapkan untuk membentuk masa depan pendidikan.



Comments


bottom of page