top of page
Writer's pictureMYB

MAHA BUFFET 2023 Saji Lebih 200 Pilihan Juadah Iftar Di MAEPS Serdang

Sebut saja namanya sudah boleh membayangkan betapa banyak bilangan juadah yang disediakan untuk pengunjung yang memilih untuk berbuka puasa disini. Projek MAHA BUFFET 2023 dijayakan oleh dua otai dalam bidang penyediaan makanan dan katering, Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang F&B.



Kedua-dua jaguh bidang F&B ini cukup terkenal dengan menu makan tengahari seperti Sotong Gergasi Bakar dan makanan Barat telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan tahun ini. Projek MAHA BUFFET 2023 telahpun mula beroperasi sejak pada 25 Mac 2023 lalu dan bakal berlansung sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan C, MAEPS Serdang.


MAHA BUFFET 2023 menyediakan lebih 200 jenis juadah iftar setiap hari dengan hampir 20 kiosk masakan secara lansung yang terdiri dari masakan kampung, Barat, Jepun, pencuci mulut, kuih-muih dan banyak lagi. Berbeza dari premis-premis yang lain, MAHA BUFFET 2023 turut menyediakan 'Kids Food Station' khusus untuk penyediaan pilihan juadah iftar untuk kanak-kanak yang menepati citarasa.


Setiap juadah iftar disediakan dengan penuh kasih sayang serta teliti penyediaannya bagi memastikan kepuasan kepada setiap pengunjung yang memilih untuk iftar disini.


GALERI



Dengan tagline 'Family Friendly Buffet', MAHA BUFFET menawarkan pelbagai aktivitl menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum dan selepas waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari di sepanjang bulan Ramadan turut diserikan dengan persembahan dari live band, artis nasyid dan tazkirah dari penceramah-penceramah jemputan terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi .



MAHA BUFFET juga ada menyediakan kemudahan ruang solat yang dilengkapi dengan kitab Al Quran dan sejadah untuk orang ramai juga mesra orang kurang upaya untuk mereka yang ingin menghabiskan masa membaca Al Quran sementara menunggu waktu berbuka puasa.


Dengan ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya, pasti akan memberi keselesaan kepada pengunjung dalam kumpulan yang besar mahupun keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti tandas yang luas, ruang parkir luas dan percuma, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parkir VIP dan parkir 'valet' untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.


Sementara itu, harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 bersih untuk dewasa manakala RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas. Manakala PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah. Sangat berbaloi untuk nikmati.


Comments


bottom of page