top of page
Writer's pictureMYB

Ladang Sindiyan Terima Pengiktirafan MBOR Sebagai Ladang Durian Musang King Terbesar Di Malaysia

Ladang Sindiyan berjaya meraih pencapaian baru apabila dianugerahkan Ladang Durian Musang King Terbesar oleh ‘Malaysia Book of Records’ di majlis penyampaian sijil pengikitirafan tersebut di Lojing, Kelantan.


Sijil pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ disampaikan oleh Edwin Yeoh, Malaysia Book of Records kepada Dato Roshaimi Razak, Pengarah Ladang Sindiyan dan disaksikan YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mr Che Chong Ha, Pengarah Ladang Sindiyan Dato’ Sri Nicholas Bloy, Pengasas Bersama Navis Capital Mr Chai Chun He, Pengarah Ladang Sindiyan Datuk Anna Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Hernan Corporation

Dengan keluasan lebih 7,000 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara. Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, Ladang Sindiyan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan.


“Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agro-pelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” ujar Symantha Chai, Ketua Pegawai Eksekutif, Sindiyan Plantation Sdn Bhd.


Durian Musang King kekal menjadi rebutan penggemar durian di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesarnya, dengan hampir 10% durian di sana adalah hasil import daripada Malaysia. Pra-pandemik Covid-19, Malaysia telah mengeksport 500-800 tan durian beku ke negara China, bersamaan USD 9.9 juta - USD 14.85 juta.


Bagi mengembangkan potensi ini, usaha sama Ladang Sindiyan dan Syarikat Hernan menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Usahasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia.


“Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat.


Terbaik! Dif-dif kehormat mencuba durian Musang King Ladang Sindiyan, dari kiri: Datuk Anna Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Hernan Corporation Dato’ Sri Nicholas Bloy, Pengasas Bersama Navis Capital YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mr Che Chong Ha, Pengarah Ladang Sindiyan YB Mejar Dato' Haji Md Anizam bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia dan Keusahawanan Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi

Bersama-sama dengan Ladang Sindiyan, amalan integrasi kami memastikan penjagaan kualiti di setiap peringkat rantaian nilai melalui inovasi dalam sektor agrikultur,” tambah Datuk Anna Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, atau cukup dikenali sebagai ‘Musang Queen’.


Disokong oleh Navis Capital, peneraju firma ekuiti persendirian Asia Tenggara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, usahasama kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk memodenkan keseluruhan rantaian nilai pengeluaran durian dan meningkatkan kualiti dalam industri.


Symantha menambah, “Dengan kepakaran lebih 40 tahun dalam kultivasi dan pengurusan ladang, kami amat mengambil berat aspek kualiti. Usahasama ini akan membolehkan kami untuk mencapai visi bagi menawarkan produk ladang terus ke meja penggemar durian, dengan mengekalkan kualiti dalam setiap peringkat huluan sehinggalah kepada pelanggan kami di peringkathiliran.”


Sijil pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ tersebut disampaikan di Ladang Sindiyan, dan disaksikan oleh YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Comments


bottom of page