KWC Fashion Wholesale mengejutkan industri fesyen dan hiburan dengan melancarkan drama mini TikTok pertama mereka bertajuk "CEO Bertukar Menjadi Puteri", serentak dengan kempen Krismas 2024 yang membawa suasana romantis kota Paris ke Malaysia.
Drama mini yang mula disiarkan di akaun rasmi TikTok @kwcfashionwholesale ini menyajikan kisah menarik tentang pertukaran identiti antara Haris, seorang CEO berjaya, dengan Erina, pereka fesyen terkenal. Melalui 20 episod yang akan disiarkan sehingga 22 Disember 2024, penonton bakal dihiburkan dengan pergolakan emosi dan unsur komedi yang terjalin dalam dunia perniagaan dan fesyen.
"Majlis Pra-Pelancaran KWC TikTok Mini Drama" yang berlangsung petang tadi di Centre Court, Lower Ground Floor, KWC Fashion Wholesale telah menarik perhatian ramai dengan tayangan pratonton tiga episod pertama dan sesi bertemu peminat bersama barisan pelakon utama.
SINOPSIS
"CEO Bertukar Menjadi Puteri" mengisahkan tentang seorang CEO yang berjaya iaitu Haris, dan seorang pereka fesyen muda dan terkemuka bernama Erina, yang secara tidak sengaja bertukar badan. Haris perlu menyesuaikan diri dengan keanggunan dan tanggungjawab sebagai seorang pereka fesyen muda, manakala Erina pula terpaksa menghadapi cabaran dunia perniagaan moden.
Kedua-duanya perlu mengharungi kesukaran dalam kehidupan masing-masing sambil berusaha untuk kembali ke identiti asal. Sepanjang perjalanan ini, humor dan percintaan bersatu, dan mereka secara perlahan-lahan belajar melihat kehidupan dan cinta dari sudut yang berbeza. Drama ini dipenuhi dengan kontras yang menghiburkan dan liku-liku emosi, menjadikannya sebuah drama fantasi romantik yang ringan dan menyeronokkan.
Menambah keseronokan, KWC turut menganjurkan peraduan TikTok yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM700. Para peserta berpeluang memenangi baucar tunai RM50 setiap minggu dan hadiah utama RM500 dengan melakonkan semula adegan drama tersebut menggunakan fungsi 'stitch' di TikTok. Peraduan ini berlangsung sehingga 31 Disember 2024.
Seiring dengan pelancaran drama ini, KWC turut memeriahkan sambutan Krismas dengan tema "Christmas in Paris". Pengunjung boleh merasai suasana romantis kota Paris melalui dekorasi yang menawan, dan menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan kostum "Little Bridgerton Fantasy in Paris", persembahan tarian, dan sesi bersama Santa.
Program "Belanja & Tebus" turut diadakan di mana pengunjung berpeluang membawa pulang beg jut krismas eksklusif KWC dengan pembelian minimum RM1,000, atau kalendar eksklusif KWC 2025 dengan pembelian RM600 ke atas. Kempen ini berlangsung sehingga 25 Disember 2024.
Sebagai pusat membeli-belah fesyen borong pertama di Malaysia dengan lebih 800 lot kedai, KWC Fashion Wholesale terus membuktikan keupayaan mereka dalam menggabungkan elemen hiburan, fesyen, dan pengalaman membeli-belah yang unik untuk pengunjung.
Untuk maklumat lanjut tentang drama mini dan kempen Krismas ini, orang ramai boleh mengikuti akaun TikTok rasmi KWC @kwcfashionwholesale atau melayari laman web www.kenangacity.com.my.
Comments