top of page

KWC Fashion Wholesale Lancar Kempen "Lip Lap Ria Raya" Bertemakan Konsep Moden 90an

Writer: MYBMYB

KUALA LUMPUR - KWC Fashion Wholesale, pusat borong dan runcit fesyen terkemuka di Malaysia, kembali menyemarakkan suasana Ramadan dan Aidilfitri melalui kempen "Lip Lap Ria Raya 2025" yang akan berlangsung dari 1 hingga 30 Mac 2025.


KWC Fashion Wholesale Lancar Kempen "Lip Lap Ria Raya" Bertemakan Konsep Moden 90an
Majlis pelancaran kempen "Lip Lap Ria Raya 2025" KWC Fashion Wholesale menampilkan pertunjukan fesyen busana raya dan dihadiri selebriti serta pempengaruh media sosial.

Kempen ini mengambil inspirasi unik daripada permainan video era 90-an dengan menggabungkan corak piksel bertemakan motif songket tradisional, diserlahkan dengan sentuhan cahaya neon untuk mencipta pengalaman nostalgia yang moden dan menarik.


Para pengunjung yang membeli-belah sepanjang bulan Mac berpeluang menebus hadiah eksklusif berdasarkan jumlah perbelanjaan mereka. Dengan perbelanjaan minimum RM80, pengunjung boleh menebus sampul duit raya edisi terhad KWC. Perbelanjaan RM500 ke atas akan melayakkan pengunjung mendapat piring seramik Lebaran berserta sampul raya, manakala perbelanjaan RM1,000 ke atas membolehkan pengunjung menebus salah satu daripada dua reka bentuk bekas hidangan seramik Lebaran yang eksklusif.


"Kempen ini menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang berbeza dan menyeronokkan kepada pelanggan kami," kata jurucakap KWC Fashion Wholesale.


KWC Fashion Wholesale Lancar Kempen "Lip Lap Ria Raya" Bertemakan Konsep Moden 90an
Kempen "Lip Lap Ria Raya 2025" KWC Fashion Wholesale akan berlansung dari 1 hinggan 30 Mac 2025

Satu siri acara menarik turut diatur sepanjang tempoh kempen, termasuk Lip Lap Ria Raya Fashion Show pada 23 Februari 2025 yang akan mempamerkan koleksi pakaian Raya terkini hasil kolaborasi dengan jenama ternama Harry Collection dan Sekali Lafaz. Acara ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Aisha Retno.


Bazar Ramadan KWC turut diadakan sepanjang bulan Mac, menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa seperti Nasi Arab, Shawarma, Takoyaki, dan Pani Puri dari jam 3 petang hingga 7 malam setiap hari.


Sempena sambutan Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025, KWC Fashion Wholesale akan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) "Sinar Ramadan" dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sri Selangor. Program ini melibatkan pengagihan Bubur Lambuk serta tajaan pakaian Raya untuk keluarga Asnaf dari Iltizam Relief Society dan anak-anak yatim dari komuniti setempat.


Khusus untuk keluarga yang membawa anak-anak, KWC Fashion Wholesale turut mengadakan acara khas seperti "Gaya Raya Si Cilik" pada 15 Mac 2025 dan Pertandingan Tarian Tradisional Melayu pada 22 Mac 2025.


KWC Fashion Wholesale Lancar Kempen "Lip Lap Ria Raya" Bertemakan Konsep Moden 90an
Penyanyi Aisha Retno bakal membuat persembahan khas pada di KWC Fashion Wholesale pada 23 Mac 2025

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis terkenal pada setiap hari Ahad sepanjang Ramadan, dengan Iskandar Projector Band (9 Mac), Ani Mayuni (16 Mac), dan Aisha Retno (23 Mac).


Untuk menambah keseronokan, orang ramai juga boleh menyertai peraduan #KWCBelanjaBajuRaya di platform media sosial KWC Fashion Wholesale bermula 10 Mac 2025, dengan lima pemenang bertuah akan menerima baucar tunai bernilai RM200 setiap satu.


KWC Fashion Wholesale merupakan pusat borong dan runcit fesyen pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk seperti fesyen, aksesori, kasut, hadiah, dan barangan gaya hidup di bawah satu bumbung. Pusat ini mempunyai lebih 800 lot dengan keluasan 500,000 kaki persegi ruang runcit yang boleh disewa.



Comments


bottom of page