top of page
Writer's pictureMYB

Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

Peminat kopi dan penggemar eSport kini boleh menikmati pengalaman minum minuman bukan kopi yang unik melalui pelancaran minuman terbaru oleh jenama minuman kopi segera tempatan popular, Kopi Saigon - Dark System Series.


Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

Siri minuman ini merupakan hasil kolaborasi yang menarik antara Kopi Saigon dengan dua personaliti terkenal, iaitu Soloz dan XK Penjahat, dua personaliti eSport terkenal di kalangan komuniti eSport di Malaysia. Majlis pelancaran Kopi Saigon - Dark System Series berlangsung di SkyArk Event Space, Kepong dan disempurnakan oleh Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal.


Kopi Saigon - Dark System Series menyediakan pengalaman minuman bukan kopi dengan rasa unik yang berbeza. Terdapat 3 jenis minuman dalam siri ini terdiri dari Dark Fighter (Vanilla Choco), Dark Assassin (Apple Passion) dan Dark Mage (Milky Peach Passion) yang pasti akan memikat hati peminat Kopi Saigon dan peminat kedua-dua figura terkenal itu. Harga setiap satu minuman tersebut bermula dari RM10 hingga RM12.


Soloz, yang merupakan personaliti eSport popular di Malaysia, menyatakan rasa gembira kerana dapat terlibat dalam kolaborasi ini. Beliau berkongsi, "Saya sangat bersemangat untuk bekerjasama dengan Kopi Saigon dalam mencipta minuman kopi yang unik dan berbeza. Saya harap peminat kopi dan penggemar saya akan menikmati Kopi Saigon Dark System Series ini."


Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

Sementara itu, XK Penjahat juga turut memberikan komen, "Kolaborasi ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya. Saya yakin minuman Kopi Saigon Dark System Series ini akan menjadi kegemaran ramai, terutamanya di kalangan komuniti eSport yang sentiasa mencari sesuatu yang berbeza."


Selain minuman, kolaborasi ini turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang eksklusif yang bertemakan Dark System Series, iaitu “Lanyard Dark System Series”, “Sticker Pack Dark System Series”, “Flask Dark System Series”, dan “Keychain Dark System Series”.


Produk-produk ini dirancang khusus untuk melengkapi gaya hidup peminat setia Kopi Saigon dan pengikut Soloz serta XK Penjahat. Semua barang ini boleh didapati di Kedai Tiktok Kopi Saigon HQ bermula 27 Julai 2024.


Asyraf Kamal, Pengasas Kopi Saigon, memberitahu kerjasama itu merupakan langkah strategik untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada khalayak yang lebih besar.


"Kami percaya dengan kerjasama bersama Soloz dan XK Penjahat, kami dapat mencapai sasaran pasaran yang lebih luas dan berbeza selepas ini. Kami sangat teruja dengan potensi yang ada dan berharap semua pihak dapat menikmati produk baru ini,” kata Asyraf Kamal.

Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

Sementara itu, Soloz turut menyebut bahawa ini merupakan kerjasama pertamanya dengan jenama F&B dan dia melahirkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan jenama gergasi tempatan Kopi Saigon. Ditambah dengan kemenangan pasukan Malaysia sebagai JUARA DUNIA MLBB MSC 2024, ia pastinya akan merancakkan lagi industri e-sukan di Malaysia.


Kopi Saigon Dark System Series dijangka akan menjadi saingan utama dalam industri minuman kopi di Malaysia. Penggemar kopi dan peminat eSport di seluruh negara dijemput untuk mencuba minuman terbaru ini dan merasai sendiri keunikan rasa yang ditawarkan.


Bagi yang berminat, Kopi Saigon Dark System Series kini boleh didapati di semua cawangan Kopi Saigon di seluruh negara mulai 27 Julai 2024. Jom cuba Kopi Saigon Dark System Series dan rasai sendiri pengalaman minum kopi yang berbeza!



Comentários


bottom of page