top of page
Writer's pictureMYB

Konsert Solo Pertama 6ixth Sense Sempena 2 Dekad Dalam Industri Muzik

Kumpulan rock alternatif 6ixth Sense bakal mengadakan konsert solo pertama mereka yang bertajuk "6ixth Sense Hori20ntal: Celebrating 20 Years" di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Februari 2025. Konsert bersejarah ini merupakan kemuncak kepada sambutan dua dekad kumpulan ini dalam industri muzik tempatan.


Konsert Solo Pertama 6ixth Sense Sempena 2 Dekad Dalam Industri Muzik

Dibawakan oleh Juragan dan dianjurkan oleh Showtag Asia, konsert ini menjanjikan pengalaman audio visual yang mengagumkan melalui penggunaan teknologi pencahayaan dan paparan skrin definisi tinggi yang canggih. Selama dua jam, peminat akan dibawa melalui perjalanan muzik 6ixth Sense yang bermula sejak tahun 2005.


Konsert ini mengetengahkan konsep "Horizontal" yang diilhamkan oleh Racus Design, mencerminkan perjalanan kumpulan ini yang sentiasa bergerak ke hadapan walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Konsep ini turut digambarkan melalui logo konsert di mana angka "20" diselitkan dalam perkataan "HORI20NTAL".


6ixth Sense yang dianggotai oleh Adi Priyo Sambodo (vokalis), Mohd Faiz Azizi (keyboard), Zairul Azreen Shah (gitaris), Shahrul Effendy (gitaris), Safuan Hasnan (pemain dram) dan Mohd Fairos (pemain bass) telah menghasilkan banyak lagu hit seperti "Hari Ini Dan Semalam", "Tanpa", "Tak Bisa Memilihmu" dan "Khatimah Cinta".



Tiket konsert akan mula dijual pada 3 Disember 2024, jam 10 pagi melalui laman web www.ticket2u.com.my/HORI20NTALSIXTHSENSE. Peminat boleh memilih antara lima kategori tiket iaitu Tanpa (RM189 - berdiri), Wajah (RM229 - tempat duduk), Bintang (RM259 - tempat duduk), Flowers - Pakej Pasangan (RM365 untuk dua orang) dan Memories - VIP Box (RM6,000 untuk 10 orang).


Sebagai bonus, Converse Malaysia selaku Rakan Pakaian Rasmi akan memberikan baucar eksklusif kepada semua pemegang tiket. Peminat disaran untuk membeli tiket seawal mungkin kerana konsert ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan.




Comentários


bottom of page