Kolaborasi terbaru antara komposer berbakat Aiman Sidek dan pempengaruh TikTok Arul Rasheed kembali mencuri perhatian penonton. Single terbaru bertajuk 'Gadis Idaman' yang baru dilancarkan memperlihatkan keunikan perkongsian muzik antara dua artis yang semakin popular.
Lagu pop yang dihasilkan sepenuhnya oleh Aiman Sidek ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang menemui gadis impiannya. Menurut Aiman, lagu ini menggambarkan tema cinta yang mendalam, di mana seorang lelaki bersedia menyerahkan sepenuh cinta kepada pasangannya sehingga akhir hayat.
Arul Rasheed, yang nama sebenarnya adalah Fakhrul Akmal, turut menyatakan minatnya untuk mencuba genre muzik yang berbeza. Selepas dua single sebelumnya - 'Jagakan Dia' dan 'Separuh Jiwaku Mati' - yang mencapai lebih 2 juta tontonan di YouTube, pemuda ini ingin menunjukkan kemampuannya merentasi pelbagai genre muzik.
“Selepas 'Jagakan Dia' dan Separuh Jiwaku Mati', saya inginkan genre yang berlainan untuk single ketiga saya. Seterusnya Abang Aiman datang dengan melodi 'Gadis Idaman' dan bertanya sama ada saya berminat untuk kolaborasi dalam lagu tersebut ke tidak. Bila saya dengar rentak pop yeh yeh, saya terus bersetuju.
"Saya memang ingin mencuba genre yang berlainan agar orang nampak yang saya mampu untuk menyanyikan pelbagai genre dalam industri muzik tanah air," ujar Arul
Diterbitkan di bawah 4U Entertainment, lagu 'Gadis Idaman' telah mendapat sambutan hangat. Dalam masa singkat selepas pelancaran pada 10 Oktober, lagu tersebut telah mencatatkan kejayaan yang menggalakkan di pelbagai platform media sosial, termasuk TikTok dan YouTube.
Peminat boleh menikmati lagu 'Gadis Idaman' melalui pelbagai platform penstriman digital, termasuk saluran Youtube 4U Entertainment.
留言