top of page
Writer's pictureMYB

Kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita” Rapatkan Jurang Kemiskinan Haid Komuniti Mahasiswi

Kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita” yang dilancarkan pada November 2021, menyeru agar rakyat Malaysia memberikan sokongan dan sumbangan yang kecil tetapi bermakna kepada kempen tersebut yang diadakan sehingga Januari 2022.


Gerakan ini adalah hasil usaha bersama antara KAO Laurier Malaysia, Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai langkah untuk merapatkan jurang kemiskinan haid dalam kalangan mahasiswi yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.


Kempen "Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita"

“Kami percaya rakyat Malaysia menganggap kemiskinan haid sebagai satu aspek keperluan kritikal dan ingin memainkan peranan untuk mencari jalan penyelesaian. Kempen ini diilhamkan daripada falsafah gaya dup Kirei, KAO Laurier dan misi kami untuk menjadikan hidup ini lebih indah buat semua.


"Gaya hidup Kirei adalah berlandaskan belas kasihan, seperti yang dilihat daripada keprihatinan dan usaha kami menyantuni golongan B40 di universiti-universiti tempatan. Sebab itulah kami melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan bukan apa yang mudah untuk dilakukan. Kami memanfaatkan daya inovasi dan imaginasi untuk memperkaya kehidupan insan di seluruh dunia agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup Kirei,” jelas Timbalan Presiden Kao Laurier Malaysia, Tan Poh Ling.


“Selain menyumbang untuk membantu memenuhi keperluan wanita muda daripada golongan B40 di institusi pengajian tinggi, kami berhasrat untuk menggiatkan perbincangan tentang kemiskinan haid yang akan mendorong usaha menyelesaikan isu ini di Malaysia.


Kami berharap rakyat Malaysia akan bersama kami dalam inisiatif ini. Mereka boleh turut serta dengan membeli tuala wanita setiap bulan dan pada masa yang sama membantu gadis muda Malaysia daripada golongan B40,” tambah Tan.


Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, “Kemiskinan haid perlu ditangani dalam usaha kita meringankan beban sosioekonomi gadis dan wanita yang memerlukan. Kerjasama awam-swasta antara KAO Laurier Malaysia, MyPerintis dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan bahawa semua pihak boleh memainkan peranan untuk menangani cabaran yang timbul akibat kemiskinan haid.


"Walaupun usaha menyelesaikan isu berbilang aspek ini akan mengambil masa yang panjang, kami percaya menerusi kerjasama erat, kita mampu mencapai penyelesaian yang mampan.”


Sahirah, Eksekutif Jualan dan Pemasaran berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur, dan Ket, Pengurus Kewangan berusia 31 tahun dari Damansara, berkongsi pendapat tentang isu kemiskinan haid dan menyampaikan pesanan mereka kepada kaum wanita yang memerlukan.


“Saya amat khuatir tentang isu kemiskinan haid yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, tetapi saya percaya masih ramai yang tidak sedar tentang situasi malang ini, iaitu anak anak gadis yang tidak mampu mendapatkan produk penjagaan wanita yang bersih dan selamat disebabkan kekangan kewangan,” ujar Sahirah.


“Kepada semua gadis yang mengalami masalah ini, ketahuilah bahawa anda boleh mendapatkan bantuan daripada insan lain. Di Malaysia, ada banyak pihak yang sedia membantu, seperti NGO yang bertekad melaksanakan inisiatif seperti ini; anda boleh menghubungi mereka menerusi media sosial. Anda perlu sedar bahawa anda tidak keseorangan.”


Kempen "Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita"

“Saya agak terkejut apabila mendapat tahu tentang kempen kemiskinan haid; bahawa ada wanita yang kesempitan wang – sehingga mereka tidak mampu membeli tuala wanita. Malah ada yang terpaksa menggunakan alternatif seperti kain untuk menyelesaikan masalah. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari penyelesaian bagi membantu mereka,” kata Ket.


“Rakyat Malaysia, termasuklah saya sendiri, sentiasa bersedia membantu. Justeru, mereka yang memerlukan tidak harus segan untuk meminta bantuan,” tambah beliau.


Sementara itu, duta jenama Laurier Night Safe, Sweet Qismina berkata, “Sebagai wanita muda, saya sedih melihat ada gadis di Malaysia yang tidak dapat menjalankan rutin harian dan menikmati kehidupan sepenuhnya semata-mata kerana tidak mampu membeli barangan keperluan kebersihan wanita.


"Namun begitu, saya gembira kerana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memainkan peranan aktif membantu menangani masalah kemiskinan haid dengan cara yang bermakna. Bak kata pepatah, ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.


Bersama-sama, sumbangan kecil kita boleh membawa perbezaan besar kepada kehidupan wanita muda di universiti-universiti di seluruh Malaysia," tambah Qismina


Untuk maklumat lanjut dan menyertai kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita” yang diadakan dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022, ikuti @KaoLaurier di Facebook dan @lauriermy di Instagram.


Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page